Kickdefella, Bila Nak Berenti Bagi Alasan-Alasan Merapu?
Apabila dicabar Sheikh/Kickdefella membuat laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan yang beliau dakwa berlaku di Kelantan, ternyata Sheikh/Kickdefella bachul dan takut.Alasan bodoh yang diberi beliau adalah “ TOK GURU SEDANG DALAM PENYIASATAN SPRM”. Itu alasan paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar. Satu sebab adalah SPRM sedang menyiasat Tok Guru dalam isu berkaitan hadiah pakej haji dan hadiah kek.
Sedangkan Sheikh cuba menuduh bahwa terdapat penyelewengan dalam pemberian balak di Kelantan. Apa kena mengenanya. Kalau dia yakin dia benar, sila buat laporan SPRM terhadap tuduhan-tuduhan rambang yang beliau buat. Jangan hanya berani berkokok di luar semata-mata.
Itu pun saya pernah jawab, apa masaalahnya TOk Guru terima hadiah kek dan pakej haji? Orang gila sahaja yang akan bertanya harga hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah. Lagipun, penerimaan kek tu apa yang rasuahnya?
Lagi satu, bukan ke Sheikh Kickdefella telah menyatakan taat setia beliau kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di hari beliau dipecat dari PMBK tempohari? Tiba-tiba sekarang ini beliau mahu menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz pula. Ni bukan perangai penipu ke?
Apa yang kita baca setakat ni, semua dokumen yang Kickdefella dedah tidak membuktikan penyelewengan yang beliau dakwa. Kalau setakat syarikat konsesi balak bagi derma ke PASTI Kelantan, saya kata bodohlah Kick kalau nak guna perkara tu sebagai bukti.
CABARAN BARU BUAT KICK: Wahai Kick, kao begitu hebat berkokok maki Tok Guru Nik Aziz, si Najib Tun Razak bersenggama dengan Yahudi, kenapa kao SENYAP? Sila jawab Wahai KICKDEFELLA.
Kalao kao tak nak jawab, aku cabar MEMBER KAO, si Zul Noordin untuk jawab. Punya hebat Zul Noordin maki Zaid Ibrahim pasal Zaid Ibrahim dulu sokong Artikel 11. Tapi Zul Noordin senyap sunyi pasal Najib buat hubungan luar tabiiee dengan Yahudi.
APA CERITA GMC YANG BELIAU PERNAH PIMPIN SATU MASA DAHULU?
Dan artikel terbaru dari Harakahdaily melaporkan berkenaan Global Media Channel (GMC)yang pernah Syed/Kickdefella ketuai. Antara laporan adalah:
”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.CABARAN KICKDEFELLA KEPADA SAYA
”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.
”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.
Pandai Kick ni mengelat. Cabaran saya dia tak berani jawab. Bagi berbagai-bagai alasan. Lepas tu nak cuba cabar saya pulak. Bang, berenti perangai UMNO tu boleh tak? Kao tu dah duduk dalam PAS, sekurang-kurangnya buatlah perangai macam orang Islam.
Antara cabaran Kick pada saya adalah:
Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut nama orang tersebut dengan jelas.Saya tak perlu jawab. Saya menaqal dari artikel tulisan Topeng Perak yang mempunyai hubungan pribadi dengan Kick seperti dibawah:
TV3 (suku)Saya CABAR Kick nafi maklumat yang disampaikan oleh Topeng Perak ini kerana Kick kenal Topeng Perak secara pribadi.
Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.
Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.
Pandai Kick ni nak mengelat. Cabaran saya yang mudah dan praktikal (yakni buat laporan SPRM) dia tak berani sambut. Tapi, nak cabar saya buat benda lain pulak.
Adapun cabaran lagi satu oleh Kick adalah:
Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.
Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?
Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau.
Bagi saya kos RM4 juta itu murah bagi gerak saraf kerana ia termasuk upah gaji, pembelian asset, kos sewa premis, kos membeli maklumat dsbnya. Dan kos tersebut adalah sepanjang 3 tahun yakni 1.3 juta setahun. Sekiranya dilakukan dengan telus, apa salahnya.
Lagi sekali, kalau dia rasa perkara ini satu penyelewengan buatlah laporan SPRM. Apa yang nak ditakutkan?
Kalau saya jadi MB Kelantan, saya akan belanja RM20 juta untuk gerak saraf dan penerangan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia. Secara pribadi saya sering mengkritik exco2 kerajaan negeri Kelantan kerana tidak berbelanja cukup untuk penerangan, Maka, Kerajaan Negeri sering menjadi mangsa fitnah yang tidak berasas.
Kalau kata Kick ni betul, saya cukup marah sebab perbelanjaan penerangan dan saraf hanya RM4 juta. Sepatutnya, kena belanja RM 20 juta atau RM30 juta. Memerangi fitnah itu satu yang dianjurkan oleh Islam. Dan menceritakan apa kejayaan negeri Kelantan juga satu perkaya yang wajib.
Lainlah kalau media di Malaysia ni adil dan saksama. Barulah kita boleh persoalkan kenapa belanja sampai RM4juta. Kerana media-media utama Malaysia telah dilacurkan oleh UMNO, maka Kerajaan Kelantan WAJIB mencipta media sendiri.
Dan kos RM4 juta itu satu kos yang KECIL bagi saya. Mungkin juga duit RM4 juta tu datang dari derma dan sponsor berbagai pihak yang mahukan kerajaan Kelantan tidak dirampas oleh UMNO yang rakus lagi dayus? Mungkin juga orang-orang Sabah bagi derma kerana tidak mahu melihat Kelantan menerima nasib seperti Sabah yang hancur di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ada banyak kemungkinan yang boleh diberikan.
Benarlah kata kawan saya, orang UMNO kalau dia kata Tuhan itu satu, jangan kita percaya. Bukan kerana apa dia cakap tu tak betul, tapi kerana yang bercakap itu UMNO.
Kick ni spesis sama dengan Berahim Ali. Yakni spesis melepas anjing tersepit. Bila dah bebas, dia gigit kita balik. Kalau kick ni ada iman dan ada maruah, dia tak buat benda yang dia tengah buat sekarang ni.
Tulang Besi
bila pula "kick" JANTAN? {gentlemen}.kan dia ni spesis katak pu'ru.