http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

DAP Menang Mudah di Sibu?

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

Selepas Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kini tumpuan kita terarah kepada Sibu pula. Kematian Ahli Parlimennya Mendiang Robert Lau memberikan laluan kepada satu lagi PRK di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Sudah pasti pemerhati politik menanti-nanti apakah Pengundi Cina di Sarawak mengikut jejak rakan-rakan mereka di Semenanjung yang secara mutlak mengundi PKR pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu. Jumlah mereka bukannya kecil malah mencecah kira-kira 75 %. Ada kawasan yang PKR mendapat sehingga lebih dari 80 % undi Cina.

Jika perkara yang sama berlaku di Sibu tidak mustahil kerusi ini jatuh ke tangan PR yang diwakili DAP kali ini kerana majoriti BN pada PRU lalu pun hanyalah 3235 undi satu majoriti yang agak kecil.

Pada PRU lalu, Mendiang Rober Lau yang mewakili SUPP (BN) menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Beliau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim hanya 812 undi.

Lau mewakili parlimen Sibu sejak tahun 1990.

Jumlah pengundi terbaru di Parlimen Sibu ialah 54,149 pemilih. Pengundi Cina berjumlah 36,359 (66.7%), Melayu/Melanau 5740 (10.5%) dan Bumiputera Sarawak 12,050 (22.1%). Jika sekiranya pengundi Cina di Sibu mempunyai pegangan politik yang sama dengan pengundi Cina di Hulu Selangor saya yakin DAP akan menang mudah kali ini. Jika diandaikan 70 % pengundi Cina keluar mengundi dan 70% darinya mengundi DAP maka DAP akan memperolehi 17,815 undi. Maka DAP hanya memerlukan 10 % sokongan dari pengundi Melayu/Melanau dan Bumiputera Sarawak untuk menang kerusi ini dengan majoriti 2,700 undi.

Secara ringkas :-

70 % Pengundi membuang undi. (70 % X 54,149 = 37,904)

70 % Pengundi Cina memilih DAP = 37,904 X 70 % X 70 % = 18,572 undi
10 % Pengundi Melayu/Melanau memilih DAP = 37,904 X 10.5 % X 10 % = 398 undi
10 % Pengundi Bumiputera memilih DAP = 37,904 X 10 % X 0.221 = 837 undi

Undi Keseluruhan DAP = 19807
Undi BN = 18097 undi
Majoriti = 1710 undi.

MALAH ANDAIKATA DAP MENDAPAT 65 % SOKONGAN PENGUNDI CINA DAN MASING-MASING 20 % SOKONGAN PENGUNDI MELAYU/MELANAU DAN BUMIPUTERA SARAWAK DAP MASIH MAMPU MENANG DENGAN MAJORITI 1,528 UNDI. INI SEMUA TIDAK MUSTAHIL. - Mutaligat

0 comments