http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

SPRM Perlu Siasat Najib

Posted by Love Perak | Monday, April 26, 2010 | 0 comments »

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan dua kesalahan rasuah dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kesalahan pertama ialah apabila Perdana Menteri cuba merasuah 1,500 pengundi Rasa supaya mengundi calon P Kamalanathan dengan meluluskan RM3 juta untuk membina semula sekolah rendah Cina dengan satu syarat.


Najib secara terbuka mengumumkan “Jika kami menang pilihanraya kecil ini, kamu boleh datang pada hari berikutnya untuk bertemu saya.

Saya secara peribadi akan menulis surat untuk meluluskan wang dan ia akan dipindahkan ke akuan lembaga sekolah. Jika kita kalah, kamu tidak perlu datang," katanya.

Lim berkata, kesalahan kedua ialah semasa Najib melawat Kampung Hassan di mana beliau berjanji kepada majoriti pengundi Cina bahawa kerajaan BN akan membina 200 unit rumah kos rendah jika Kamalanathan menang.

"Apa yang SPRM akan perkatakan," kata Lim dalam blognya.

0 comments