oleh : kerajaan rakyat
Sebelum Mac 2008, tepatnya sebelum keputusan pilihan raya umum ke 12 diumumkan, Umno dan Barisan Nasional mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Dengan majoriti 2/3 itu; BN, Umno khasnya bebas mengubah apa saja dasar, undang-undang malah perlembagaan mengikut kehendak yang menguntungkan mereka.
Sebelum Mac 2008, tepatnya sebelum keputusan pilihan raya umum ke 12 diumumkan, Umno dan Barisan Nasional mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Dengan majoriti 2/3 itu; BN, Umno khasnya bebas mengubah apa saja dasar, undang-undang malah perlembagaan mengikut kehendak yang menguntungkan mereka.
Dalam banyak hal perubahan dasar dan undang-undang yang dibuat hanyalah untuk keberuntungan jangka panjang segelintir pemimpin BN, umno khasnya. Tanpa menafikan ada satu dua warga Umno dan BN yang jujur khidmatnya, tetapi berbedaannya amat ketara jika dibandingkan dengan jembalang berwajah ustad yang berkeliaran dalam Umno....... ianya ibarat ulat yang menghurungi najis..!!!
Masakini, ramai mereka yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin atau penyokong Keadilan (PKR) dan bertindak meninggalkan parti dengan alasan yang hampir sama kesemuanya. Ibarat sebutir nasi di hujung bibir; jika ia jatuh, kita tidak perasan; jika ia masuk ke mulut, kita tidak terasa.
Pergilah 10 atau 20, waima 100 sekalipun mereka yang mendabik dada kononnya merekalah perjuang dan perintis PKR, malah ada yang mengatakan dengan penuh keegoaan kononnya dialah pejuang 'Reformasi'..!! Hampir hendak muntah saya membaca beberapa pengakuan kononnya merekalah pejuang 'Reformasi' dan hari ini mereka meninggalkan PKR kerana kononnya PKR telah lari dari matlamat perjuangan asal.
Hello batang berjuntai dan mangkok berayun, sedarlah kalian bahawa wadah perjuangan tidak menuntut jasad pengecut dan jiwa bacul seperti kalian..!!
Keluar dari PKR dan mencium najis limbahan sendiri... itu yang mereka canangkan sebagai pejuang berprinsip?
Sahabat sekalian,
Walau apapun yang diperkatakan olih jembalang puaka yang kononnya berprinsip, dan malam nanti khabarnya mereka akan beretorika di Hulu Selangor mempertahankan perjuangan Umno kononnya..!! Mereka akan datang bersama katak-katak dan kotak-kotaknya....!!!
Pelik... Umno parti Melayu tetapi menobatkan India sebagai calon dokongan dan sanjungan mereka..!!!.. Pelik kan..??
Ada calon Melayu, di kawasan yang majoritinya Melayu... tetapi pemimpin Umno masih menolak calon Melayu..!! Ini satu penghinaan nyata Umno terhadap bangsa Melayu..!!
Kepada para pengundi di Hulu Selangor, sedarlah sudah hampir 53 tahun negara merdeka tetapi setiap kali pilihanraya, kemiskinan tegar dan kemunduran Melayu tetap menjadi isu utama. Kerana apa..? Andainya Umno dan Barisan Nasional benar-benar jujur, ikhlas dan telus dalam pemerintahannya, tidak mungkin isu kemiskinan dan kemunduran Melayu ini terus berlarutan sehingga 53 tahun..!!
Wahai pengundi Hulu Selangor,
Renung dan fikirkan sejenak... Sejak 2 tahun ini banyak kepincangan kerajaan BN dan penyelewengan pemimpin UMNO yang dipapar dan dihebahkan baik melalui laman web, blog maupun akhbar bercetak. Ini berlaku BUKAN kerana kerajaan UMNO/BN memberi kebebasan bersuara TETAPI kerana mereka lemah..!! Mereka kehilangan suara majoriti 2/3 di parlimen. Mereka terpaksa berpura-pura telus. Mereka tertekan. Mereka dalam kebimbangan. Ingat segala kepincangan, penipuan dan rompakan yang dilakukan olih pemimpin Umno/BN tidak mungkin diketahui umum jika mereka kuat. Bila mereka kuat di parlimen, maka agenda kelentong dan penipuan serta korupsi akan menjadi agenda utama mereka.
Wahai pengundi Hulu Selangor yang saya kasihi,
Ringkasnya, demi memastikan adanya pengawasan (check and balance) dalam pentadbiran Kerajaan Pusat, kita mesti mengekalkan status umno/BN seperti keadaannya sekarang. Walau satu undi anda untuk calon Pakatan Rakyat, ianya insyaALLAH dapat membantu niat murni kita untuk membina negara Malaysia yang lebih adil dan makmur demi kesejahteraan rakyat..!!!
Dan ingat..!! walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!! Baca apa kata Obama.
0 comments
Post a Comment