http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Janji Ditunaikan. Bagan Pinang dapat "Mama" Baru

Posted by Love Perak | Wednesday, April 14, 2010 | 0 comments »

Kerajaan Rakyat

UMNO dan Barisan Nasional telah menunaikan janji pertamanya dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu.

Pengundi Bagan Pinang yang mengundi Isa Samad telah dihadiahkan dengan Mama baru.. KR mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengundi BN di Bagan Pinang. Inilah hadiah terbaik untuk kalian.

KUALA LUMPUR, 14 April – Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005 akan bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd. Khalid (gambar, kiri) di Kuala Pilah, hari ini.

Upacara pernikahan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi itu akan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Gentam, Kuala Pilah pukul 3 petang.

Mohd. Isa, yang tahun lalu dipilih sebagai Adun Bagan Pinang dan dilihat kembali aktif dalam politik, mengesahkan mengenai pernikahan itu.

Berita Lain

Hulu Selangor: Bekas timbalan pengerusi MIC bertading sebagai calon bebas

HULU SELANGOR, 14 April — Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti, berkata beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung oleh parti tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya esok.

Hari penamaan calon Sabtu ini. — Reuters

0 comments