http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Calon UMNO - Sendiri Letak Sendiri Pecat!

Posted by Love Perak | Saturday, April 17, 2010 | 0 comments »

Kah..Kah..UMNO sudah buat perancangan kotor. Letak calon BEBAS bagi kalahkan MIC dan PR..lepas tu UMNO kata yang si UMNO BEBAS ini dipecat..memang lawak betullah. Baca bawah ni :

HULU SELANGOR, 17 April : Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepadaThe Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.- Malaysiainsider.

Episod Bukit Selambau berulang kembali. Dulu di Bukit Selambau, seorang bekas Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah, Merbok iaitu Mejar (B) Anuar Abd Hamid masuk bertanding atas alasan bahawa kerusi Bukit Selambau milik asal UMNO. Bukan calang-calang dia nih, dapat undi sebanyak 528 undi, paling banyak dalam kalangan 13 calon bebas. Dan mungkinkah Johan Mat Diah dapat ulangi perkara ini. Dan tidak mustahil dapat mengalahkan calon BN itu sendiri. Ianya tak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak termasuk PR

Apapun, memang SAH bahawa Exco Pemuda Shah Alam, Johan Mat Diah ini wakil UMNO. Jawatan exco pemuda adalah satu jawatan besar. Sudah pasti PERKASA dan UMNO Hulu Selangor akan menjalankan kempen buat dirinya.

Alah UMNO, kerja memecat ni senang baginya. Dulu pecat Ku Li tapi selepas tu terima kembali. Ala ini semua propaganda murahan UMNO lah. Yang penting mereka dapat penuhi dendam terhadap MIC, demi melempiaskan nafsu amarah perkauman yang menjadi wirid wajib bagi parti songsang ini…


tun hisyamuddin

0 comments