http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rakyat Pahang Paling Malang - Mat Sabu

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 1 comments »

Arkib LovePerak


Mengikut laporan Ketua audit negara,negeri-negeri yang di perintah oleh PR telah menunjukkan satu kecermelangan dalam prestasi pentadbiran mereka dengan mengurangkan perbelanjaan yang membazir dan berbalanja wang rakyat dengan penuh berhikmah.



“Yang paling malang ialah Rakyat negeri Pahang,Sebuah syarikat telah mengeluarkan saman


Kepada Menteri Besar,Datuk Adnan Yakob sejumlah 63 juta.Tapi dengan kecerdikan Adnan Yakob telah membawa masalah ini ke mesyuarat exco negeri,sehinggakan Majoriti exco bersetuju bahawa pihak kerajaan negeri sanggup dan akan membayar saman tersebut.”Jelas Mat Sabu




Siapa yang melakukan penyelewengan,dan siapa yang pula yang dapat keuntungan dalam projek pembalakan di Pahang??Tetapi apabila saman dikeluarkan oleh syarikat tertentu kepada seseorang individu,mengapa pula kerajaan negeri dengan wang Rakyat Pahang terpaksa membayar harga RM63 juta tersebut.




Paling malang lagi,Apabila tiada langsung bantahan dari rakyat Pahang terhadap tindakan kerajaan negeri .“Ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang redho dengan apa yang dilakukan oleh MB Adnan Yakob,mana nak dapat rakyat baik dalam dunia seperti ini..??”Tanya beliau.




“Mengikut maklumat yang boleh dipercayai,akan keluar lagi saman terhadap MB Pahang berjumlah RM 600 juta oleh syarikat tertentu,dan sekali lagi rakyat Pahang yang akan terpaksa membayar saman tersebut bagi pihak MB yang mereka sayagi.”jelas beliau.


1 comments

  1. Putra IJ80 // April 30, 2010 at 12:34 PM  

    " satu kecermelangan dalam prestasi pentadbiran mereka dengan mengurangkan perbelanjaan yang membazir dan berbalanja wang rakyat dengan penuh berhikmah".

    Kita menanjung tinggi sikap berjimat cermat berbelanja ,malah itu sebahagian dari tuntutan Agama.

    Tapi kalau terlalu berjimat,kadang kadang pening gek kepala.

    Contoh nya di Bukit Antarabangsa,jalan berlopak ,berkali kali di turap.kenape?,

    Sebulan dua lepas tur berlaku lagi lopak di tempat yg.sama.

    Turap lagi,

    Setahun hampir tiga empat kali turap,sahingga menyusahkan pengguna.

    Dan.... mengikut pengamatan gua,kontraktor yg.bikin turap,adalah individu yg.sama.

    Ada apa apa ke?.

    YB Azmin dan Ramlee perlu jawab sebelum PRU13 bermula,

    Kelak gua dan rakan rakan tak undi meker.

    He!he!jgn Maree.