Tarikh 27 Mei ditetapkan bagi pengurusan kes berhubung permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (bawah, berbaju biru), dan enam yang lain untuk diadakan semakan perundangan bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi dewan itu.
![]() |
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, ketika menolak bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan itu berkata bahawa Sivakumar dan yang lain - Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, A Sivanesan, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai - mempunyai locus standi untuk mencabar keputusan SPR itu.
![]() |
Mereka mahu supaya SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi itu kosong selain meminta mahkamah mengeluarkan perintah agar ketiga-tiga penyandangnya dilarang daripada menjalankan tugas sebagai anggota DUN.
Pada pilihan raya umum 2008, Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi masing-masing sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee menang atas tiket DAP tetapi kemudian berpaling tadah dan menjadi wakil rakyat Bebas.
- Bernama
0 comments
Post a Comment