Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan strategi ‘serampang dua mata’ dalam mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim bagi mengekalkan ‘penaklukan’ di Hulu Selangor.
Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Professor Madya Dr Mustafa Ishak berkata, PKR meletakkan Zaid sebagai calon yang dikenali rakyat bagi memudahkan laluan parti itu dalam pilihan raya kecil tersebut.
“Walau bagaimanapun, laluannya bukan semudah yang disangka kerana Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan berhati- hati ‘menurunkan’ calon untuk menentang Zaid,” katanya semalam.
Menurutnya, selain itu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sedang mempersiapkan Zaid untuk dijadikan pelapisnya sekiranya berlaku sesuatu terhadapnya.
“Umum tahu, kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya saiful Azlan Bukhari sedang berjalan di Mahkamah Tinggi, jadi sekiranya beliau didapati bersalah dan dipenjarakan, Zaid adalah calon tepat untuk memangku jawatan beliau.
“Zaid sebelum ini berpengalaman menjadi menteri, seorang peguam, kaya dan dikenali merupakan antara ciri- ciri seorang pemimpin yang ada padanya untuk memimpin parti,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kemenangan memihak kepada pembangkang, ketokohan yang ada pada Zaid mampu menguatkan suara pembangkang di Parlimen setelah tiga Ahli Parlimennya bertindak keluar parti dan seorang dipecat.
“Tidak dinafikan kehadiran Zaid di Parlimen mampu menjadikan suara pembangkang lebih lantang di Parlimen,” katanya.
Kelmarin, Anwar mengumumkan Zaid sebagai calon PKR untuk bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan menganggap calonnya itu seorang yang luar biasa dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Mustafa berkata, bagaimanapun keyakinan rakyat terhadap pembangkang merosot sejak berlaku beberapa peristiwa mengejutkan dalam Pakatan Rakyat baru- baru ini.

0 comments
Post a Comment