Rakyat Malaysia Patut Bangkit Seperti Rakyat Mesir, Humbankan Regim Umno/BN
Posted by Love Perak | Wednesday, February 02, 2011 | 8 comments »Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.
"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.
Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.
Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.
Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.
Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.
Kerajaan Selangor atur pelan tindakan bawa pelajar keluar
Posted by Love Perak | Tuesday, February 01, 2011 | 0 comments »
SHAH ALAM, 1 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama dengan Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan para pelajar Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang tidak stabil sekarang.
Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan soal itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar negeri itu di sana.
Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini juga bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.
Ini kerana, kebanyakan pelajar Selangor di Mesir adalah pelajar jurusan agama dan mendapat pinjaman atau bantuan dari Pusat Zakat Selangor.
"Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan," kata Halimah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, PAS dan PKR telah mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua pelajar Malaysia di sana kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi.
Ini ekoran dari tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri dengan cara merompak dan mengganggu pelajar Malaysia di sana selepas polis tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.
Hadiah Kemenangan di Tenang, Ron97 Naik lagi Malam ini
Posted by Love Perak | Monday, January 31, 2011 | 0 comments »Najib Mengadu Kepada Arab Saudi Untuk Siasat Anwar?
Posted by Love Perak | Friday, January 28, 2011 | 0 comments »Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.
Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.
"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.
Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.
"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.
"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.
Menurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib. "Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”
Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.
Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.
"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”
![]() |
| Shimon Stein |
IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.
“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau
Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.
"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.
Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.
“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.
Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.
Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.
“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.
BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini?
Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.
Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya."Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.
"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar (Malaysiakini).
Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.
Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.
Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com
PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang
Harakahdaily


PRK DUN TENANG - BERSABARLAH NORMALA, PERTAHANKAN MARUAH KAMU DAN ISLAM BIARPUN KAMU TEWAS
Posted by Love Perak | Monday, January 24, 2011 | 0 comments »Tuduhan `zina' ke atas Normala bebas diperkatakan melalui blog pro sekutu Apco Yahudi Laknatullah ini. Memang itu ajaran Apco jika inginkan sesuatu kejayaan hendaklah berani melakukan fitnah dan mencipta pembohongan. Jika mahukan undi, kamu mesti tentang mereka habis-habisan walaupun terpaksa menghina ugama kamu sendiri. Inilah yang berlaku di Tenang sekarang. PAS terpaksa hadapi ini semua dengan dibantu oleh sekutunya dari PKR dan DAP.
Puak sekutu Apco itu amat tidak senang sekali apabila melihat calon PAS Normala mempertahankan hukum Islam dengan tidak bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Mereka lebih senang bersekongkol atau bersetuju dengan pemimpin yang pernah melakukan aksi lucah dan berzina di hadapan kamera, dan pemimpin yang digelar `Bintang Porno' ini lah yang memperlekehkan hukum Islam. Itulah yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah.
Saya tidak tahu sejauh mana keimanan penganut-penganut ugama Islam di kawasan Dun Tenang. Mereka kini berhadapan dengan dugaan yang amat berat iaitu memilih di antara menyelamatkan agama Islam atau memungut umpan dan habuan duniawi yang ditaburkan oleh sekutu Apco. Saya pun tidak pasti sampai bila orang-orang Melayu yang berada di Dun Tenang masih sanggup dibuli dan dicucuk hidung mereka seolah-olah Allah tidak menganugerahkan mereka untuk berfikir.
Memang benar, sekarang mereka boleh bermewah dengan apa yang mereka perolehi terutamanya para Peneroka Felda. Tidakkah mereka bimbang nikmat yang mereka perolehi ini nanti akan hilang dan akan digantikan dengan kesengsaraan akibat tindakan mereka bersekutu dengan penghina Islam ini? Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Mengejar habuan dunia jangan sampai menentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

















