Anwar tetap nafi pelaku dalam video seks
Posted by Love Perak | Friday, June 24, 2011 | 0 comments »Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.
Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
'Bukan menyerupai, tapi Anwar'
Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.
Selepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.
Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.
"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.
Zaid Ibrahim, KITA kini tukang karut Umno
Posted by Love Perak | Wednesday, June 01, 2011 | 1 comments »Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan BN.
Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.
Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks 'Datuk T'.
Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.
Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid pernah digelar 'kaki kuda' dan 'kaki arak' oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam PKR dan menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.
Namun, Zaid menjadi 'anak emas' Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur. Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.
Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.
Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.
Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.
Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan Isnin lalu pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai 'ilham' menganjurkan peraduan mirip Anwar.
Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan oleh mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini. Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.
Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Datuk Sharyzl Eskay – satu daripada tiga 'Datuk T' yang mendalangi video lucah itu.
Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan 'membela' nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang 'bijak pandai' seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik. Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.
Alangkah baiknya jika kereta Rolls Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit keperitan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak. Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.
Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?
Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya .
Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara. Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.
Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

M Faqih, Harakahdaily
“APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata,” ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.
Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004.
Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam.
”Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam,” kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah.
Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar.
Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie.
Mengejutkan apabila Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Saiful ada hubungan
Sedangkan ramai tidak lupa seorang peguam daripada pasukan pendakwa yang mengendali kes liwat II digugurkan kerana dakwaan mempunyai hubungan dengan Saiful.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan ada hubungan dengan saksi utama pihak pendakwa. Hubungan romantik mereka dibongkarkan blogger, Raja Petra Kamarudin.
Ramai juga masih belum lupa adik ipar kepada Saiful menafikan dia melarikan adik saksi utama pendakwa itu ke selatan Thailand.
Sebaliknya Faez Khairi, 28 mendakwa adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk berkahwin.
Sebelum itu Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah, Faez dan Saidati melarikan diri. Pendedahan mengenai keluarga saksi utama terbabit terbongkar ketika beliau menjawab soalan peguam Karpal Singh.
Pada keterangan tersebut Saiful memberitahu ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun. Oleh itu rumusan awal dibuat hakim seperti menyimpang daripada senario yang berlaku.
”Biar apa pun saya sering mendengar pemimpin Umno bercakap mengenai Anwar. Setiap kali ada mesyuarat Majlis Tertinggi isu Anwar menjadi fokus,” ujar sumber Umno tadi.
Maka berdasar kepada fenomena yang berlaku sekarang ledakan reformasi 1998 sekali lagi bakal menarik simpati pengundi Melayu.
Fakta Anwar dan kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih daripada Umno kepada Barisan Alternatif (BA).
Inilah yang dikatakan ramai sarjana budaya baru politik di Malaysia. Prof Dr Loh Kok Wah dari USM mentafsirkan perubahan tersebut sebagai gambaran politik baru mulai dicetus di negara ini.
Keberanian orang Melayu turun ke jalan-jalan raya menuntut keadilan untuk Anwar mencetus ledakan perubahan pada pola pengundian pilihanraya umum 1999.
Kesannya BA berjaya menawan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS.
Selain itu berjaya menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu di Selangor, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.
Perkembangan reformasi memberi saham berganda buat PAS sehingga berjaya menduduki kerusi di Dun Selangor, Perak dan Pahang. PAS juga mengukuhkan kedudukan di Kedah.
PAS ketua pembangkang
Tuahnya buat PAS apabila berjaya menghantar seramai 27 wakil rakyat ke Parlimen ketika itu. Walhasilnya bekas Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor buat pertama kali dalam sejarah parti Islam dilantik sebagai ketua pembangkang.
Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila ’membunuh’ karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu.
Dan hari ini situasi itu seperti berulang kembali. Orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama tidak boleh menerima fitnah dicetus secara mudah.
Liwat versi kedua dan adegan video seks yang cuba dipalitkan terhadap Anwar menyebabkan pengundi Melayu menjadi mual.
Mereka tidak mampu menerima cerita lama mengulangi apa yang pernah terjadi kepada Nabi Yusof. Baginda dianiayai adik beradik sendiri sehingga dibuang ke dalam perigi.
Kemudian dicetus fitnah Zulaikha mahu mengoda baginda. Namun kemaraan Nabi Yusof tidak mampu disekat. Baginda akhirnya bangkit memimpin umat Islam ketika itu.
Sudah lama cerita itu difahami orang Melayu beragama Islam.
Orang Melayu Islam yang sering bertandang ke masjid setiap bulan Rejab juga pastinya pernah mendengar kisah di sebalik peristiwa Israk Mikraj.
Ustaz dan ulama sering memberitahu baginda Rasulullah SAW menghadapi cabaran paling hebat dalam sejarah dakwah baginda. Semasa baginda menyampaikan dakwah di Taif, baginda SAW dilemparkan dengan batu dan diejek-ejek pemuda nakal.
Baginda dilempar batu sehingga berdarah kaki. Selepas itu baginda meninggalkan Taif sambil berehat membalut lukanya di sebuah kebun kepunyaan adik beradik iaitu Utbah dan Syaibah bin Rabiah.
Di saat itulah baginda SAW merintih kepada Allah SWT dengan doanya;
”Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku mengadu segala kelemahanku, sempitnya daya usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.
”Kepada mereka yang jauh dan menghadapi aku dengan muka masam, atau kepada musuh, atau kepada musuh yang menguasaiku? Kalau Engkau tidak murkaiku, tidaklah aku pedulikan.
”Tetapi kemaafahan Engkaulah yang sangat aku harapkan dan memberi kelapangan kepadaku. Aku mohon berlindung di bawah cahayaMu yang menerangi semua kegelapan dan di atasNyalah semua urusan dunia dan akhirat menjadi baik.
”Agar janganlah kiranya Engkau turunkan murkaMu dan kebencianMu kepadaku. Kepada Engkaulah aku merayu sehingga Engkau meredhainya. Tidak ada daya usahaku dengan kekuatanMu.” (Lihat Abu Fathan dalam Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu, 1996).
Kisah sentimental itu tidak mampu dijarakkan daripada jiwa orang Melayu yang masih kuat berpaut kepada Islam.
Setiap kali bulan Rejab kisah tersebut diulang-ulang semula sebagai pengajaran buat orang beriman. Namun malangnya, masih ramai orang Melayu hanya Islam pada nama dan tidak amalnya.
Bagi golongan tersebut tiada pengajaran mampu diambil daripada kisah Israk Mikraj. Maka tidak hairanlah diuar-uarkan kisah lucah dan hantu bagi menghalang kebenaran Islam bertapak subur dalam jiwa orang Melayu.
Maka ramai berhujah situasi politik hari ini mengundang fenomena 1999 berulang kembali. Ia sudah dibuktikan di Singapura baru-baru ini apabila pengundi Melayu beralih kepada Parti Buruh.
Sedia Hadapi Pilihanraya : PKR Mesyuarat, Jelajah seluruh Negara
Posted by Love Perak | Friday, May 27, 2011 | 0 comments »Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.
Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.
Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.
“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.
Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.
“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.
Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.
“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.
“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.
Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara.
Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.
“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.
Kami akan dedah siapa Eskay - Dato Johari
Posted by Love Perak | Wednesday, May 25, 2011 | 1 comments »
Temubual - Anwar jawab isu Video Seks, Eskay dan Omega
Posted by Love Perak | Monday, May 23, 2011 | 0 comments »
Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.
Selain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.
Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif.
Anda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan...
[Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda perlu ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang.
Kenyataannya itu tidaklah begitu salah kerana apa yang diperkatakan itu, begini; (Individu terlibat) adalah (dari) kem Mahathir, yang rapat dengan (menteri perdagangan dalam negeri pada waktu itu) Megat Junid (Megat Ayub). Megat Junid yang mengaturkan pertemuan itu untuk mereka datang berjumpa saya.
Apabila melibatkan rasuah, Mahathir (kanan) meminta semua fail di perbendaharaan diteliti dan mereka tidak boleh jumpa satu syarikat atau satu saham (berkaitan saya). Secara sindiran, adalah di sana dan di sini tetapi tidak ada satu pun (dakwaan). Jadi apa lagi? Seks. Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.
Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno. Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi.
Selangor ialah sebuah negeri ndustri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno.
Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu.
Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500.
Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri Pakatan. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap.Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori.
Bagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.
Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.
Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak,
semuanya angkara kroni Umno.
Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno.
Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion.
Melayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.
Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.
Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.
Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.
Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.
Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.
Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.
Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.
Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.
Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.
Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.
Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.
Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas.












