http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bersedia PilihanRaya Perak Selepas Raya?

Posted by Love Perak | Wednesday, August 26, 2009 | 0 comments »

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada seluruh penyokong dan Ahli PAS serta Pakatan Rakyat (PR) terutama pengundi di Permatang Pasir di atas kejayaan semula memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir semalam. Tidak lupa juga kepada semua jentera parti di semua peringkat bagi memastikan kejayaan ini kembali.

DPPN Pk meminta supaya seluruh penyokong dan Ahli PAS serta PR terutama di seluruh negeri Perak untuk bersedia dengan pembubaran DUN Perak yang dijangkakan selepas sambutan Hari Raya yang akan datang ini. DPPN Pk berharap semua jentera parti dapat membuat persediaan awal untuk memastikan kejayaan PR Perak sepertimana PRK DUN Permatang Pasir baru-baru ini.

Jesteru, kemenangan PRK DUN Permatang Pasir ini sebagai semangat dan juga keyakinan bahawa DUN Perak kelak akan menjadi milik Pakatan Rakyat (PR) apabila DUN Perak yang akan dibubarkan pada bila-bila masa daripada sekarang. DPPN Pk yakin dengan kejayaan yang diperolehi akan memastikan kebajikan rakyat akan diteruskan.


MOHD NAZRI HAJI DIN

Pengarah Pilihanraya,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

0 comments