http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nik Aziz Meninggal

Posted by Love Perak | Thursday, August 27, 2009 | 5 comments »

KUANTAN - Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut semalam.



Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada pukul 2.20 pagi.



Dua mangsa yang cedera ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz iaitu Nik Nab Nik Mat, 45, dan anak Nik Nab, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.



Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.



Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, semasa kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.



"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.



LovePerak : urgh..nak sakit jantung aku baca tajuk tu tadi... nasiblah nik aziz lain...mohon tg nik aziz dipanjangkan umur untuk terus berjuang....

5 comments

  1. Anonymous // August 27, 2009 at 11:16 AM  

    aku pun sama.. buat suspen ajelah.

  2. Ahmad Putra // August 27, 2009 at 12:26 PM  

    korang rasa patut x BH buat mcm tu? Arwah Nik Aziz tu bukanlah org yang dikenali serata Malaysia. Biasanya tajuk biasa spt "Pekerja Kilang Mati Kemalangan" atau "Pelajar UKM meninggal"..

    Tapi utk yang ni, diorg letak nama pulak..kenapa? Nampak sgt BH ni x professional.

  3. PEMUDA PAS KEMAHANG 1 // August 27, 2009 at 12:52 PM  

    Webmaster #3 kami masuk wad dan kena serangan jantung ringan gara-gara baca berita ni. Akhbar mana ye yang keluarkan cerita nie...walaupun benar, tetapi unsur2 suspen yang mereka gunakan agak keterlaluan.

    Kami akan saman akhbar terbabit.


    www.pemudakemehe1.blogspot.com

  4. Anonymous // August 27, 2009 at 12:57 PM  

    Ingatkan laman blog umno saja yg mempermainkan nik aziz...hehe

  5. Unknown // August 27, 2009 at 1:27 PM  

    aku dpat bayangkan mesti editor berita hairan tu ketawa berdekah2 masa nak hantar pi printing. seronok sgt le tu dapat buat tajuk mcm tu.