http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ku Li Kena Tindakan

Posted by Love Perak | Monday, February 15, 2010 | 3 comments »

Umno akan membincangkan tindakan yang akan dikenakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah lantaran keberanian Ku Li menegakkan yang hak dalam isu royalty minyak Kelantan.



Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan kepada Ku Li.



Bagi saya memang jelas dalam Umno berkata benar adalah menjadi kesalahan walaupun ianya mempunyai fakta dan bukti jelas.



Kesalahan Ku Li ialah berceramah atas kepentingan rakyat Kelantan dalam isu royalty minyak. Beliau memberikan perincian tentang perjanjian kerajaan negeri dan Petronas di mana beliau merupakan antara orang yang terlibat dengan perjanjian tersebut.



Malangnya Ku Li lupa bahawa kebenaran dan hak tidak ada dalam kamus parti Umno.

Umno akan seboleh-bolehnya memutar belitkan fakta supaya yang hak menjadi batil dan yang batil menjadi hak.



Islam dan undang-undang ditolak ke tepi yang penting nafsu ‘syahwat’ Umno mesti dipenuhi.

Oleh itu saya mencadangkan kepada Umno supaya memecat Ku Li kerana beliau telah melanggar prinsip Umno iaitu Umno adalah segala-galanya dan berkata benar dan hak adalah salah di sisi Umno.

Mutaligat

3 comments

  1. Jumayatara // February 15, 2010 at 2:22 PM  

    UMNO ada berani ke nak ambil tindakan terhadapa Ku Li.....atau hanya surat amaran................makan rasuah dalam UMNO pun tidak ada tindakan yang diambil walaupun ada bukti.....UMNO dayus.

  2. serupasekala // February 15, 2010 at 4:55 PM  

    Ku jangan takut . Rakyat Kelantan ada lagi yang menyebelahi Tengku.walau pun segelintir ahli umno Kelantan yang menentang tetapi ada juga ahli umno Kelantan yang menyokong tengku.

    Kalau dia orang berani ambil tindakan displin terhadap Tengku . Tengku pula berani atas dasar undang undang.

    ROYALTI HAK RAKYAT KELANTAN BUKAN HAK PARTI ATAU INDIVIDU.


    SYABAS DAN SELAMAT BERJUANG UNTUK RAKYAT KELANTAN.

  3. ibnu marzuki al firdaus // February 15, 2010 at 5:44 PM