Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras  pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan  pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian  rakyat terhadap Umno. “Saya  tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan  menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu  kenyataan dikeluarkan dari Mekah.
“Saya  tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan  menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu  kenyataan dikeluarkan dari Mekah.
Nik Aziz berkata  sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui  bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.
“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya.
Nik  Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno  baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada  sedikitpun halangan?”
“Sejuta belia yang dikhabarkan  hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini  hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan  gas? “Bukankah  orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan  jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak  sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
“Bukankah  orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan  jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak  sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada 9 Julai itu hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
 “Di  akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang  dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,” katanya.
“Di  akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang  dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,” katanya.Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.
“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.
Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai BERSIH 2.0.
“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.
 “Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.
“Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.Antara ribuan yang ditangkap itu termasuk empat pemimpin tertinggi PAS.
Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Semuanya dilaporkan dibebaskan sebelum tengah malam semalam.
 

 
 













arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0
arrayah.info - Demonstrasi KHILAFAH 2.0 berjaya bukan BERSIH 2.0
hahaa,mmg patot pn kene tngkap org2 bersih yg xde otak ni,wat mnyusahkn org ramai,nk kucar kacirkn negara je,mcm lahanat