Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi )
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah. Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.
btul ke ni weh??
bkn ke ada dlm Firman Allah, kita tidak tau dan tidak akan dapat mengagak bila datangnya kiamat??
Hebat jgk omputih, mesti t'pengaruh dgn cite 2012 ni..
hadis ni sahih ke???tak de periwayat pun...
Saya ada terbaca yang hadis ini tidak sahih sebab datang dari perawi yang bolih dipertikaikan . Walau macam mana pun hanya Allah saja yang tahu bila kiamat.
kene check balik la samaada ni hadis shahih ke tidak..
try masuk blog walicahayakebijaksanaan.blogspot.com aku terbaca disana info menarik
Semuanya kuasa Allah.. ambil iktibar dari kisah mimpi Nabi Yusof As..Semua yang berlaku diatas muka bumi ini, mengikut skrip yang Allah SWT tetapkan.
Elok keluarkan sahaja treat ni nanti akan menyesatkan orang ramai kerana hadith ni palsu dan tidak tahu darimana puncanya.
bab planet x tu... itu kajian omputih... mereka pon percayakan hari kiamat (Apocalypse atau dooms day)... akan tetapi... suara dari langit itu adalah salah satu tanda kiamat mmg ada terdapat dalam hadis... samada perawinya dapat dipastikan atau tidak.. bukankah ada lebih baik kita mengambil peringatan bahawa umur alam ini sudah tertalu tua... dan kita ini telah lama memasuki fasa keempat umat muhammad..
sekadar ingat mengingati...
http://bin-sahak.blogspot.com/2009/08/hadith-tentang-teriakan-dalam-bulan.html
Haditha ini dalah Do'if Jiddan atau Maudu' boleh merosakkan akidah
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
PLANET NIBIRU AKAN MELALUI HAMPIR DENGAN BUMI PADA HUJUNG TAHUN INI 2011..
BENCANA BESAR AKAN BERLAKU..
ANDA SUDAH DIBERI PERINGATAN!!..
BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.
Ni bkn kiamat: Macam mana ada yg terselamat termasuk dunia ni kalau kiamat..
Cuba tengok 1/3 masih hidup.
Tarikh 21/12/2012 kan ada tanda soal???
Apa lah dok merapu ni. Cuma Allah saja yang tahu bila kiamat.. Kita jangan dok sibuk pasal kerja Allah.
Buat aja apa yang dia suruh dah.
Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini.
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/172-hari-kiamat-2012
salah pose taun 2012 jatuh pade ari sabtu 21 julai(besok)di malaysia.15hb ramadhan pon jatoh ari sabtu.tpi kalau ikot blah arab memg tepat(bukan yg planet 2)
Kiamat 2012 bukan peristiwa hancurnya alam semesta, tetapi hanya peristiwa kehancuran permukaan bumi ini. Dengan mencairnya es di kutub selatan, utara & Greenland yg akan membawa kenaikan muka air laut secara global setinggi 33 m = banjir Nabi Nuh lagi sebagai tanda mulainya masa turunnya Nabi Isa as kembali, maka Al Malhamah yg dikabarkan Nabi Muhamad SAW. itu memanga akan terjadi.(Khalifah al Mahdi
Apalah Blog Nih,Buat Terkejut/Takutkan Aku Ja.Kita Mana Tau Bila Hari Kiamat.Kita Kena Ikut Perintah Allah.Jgn Percayakan Benda Karut Ni Berdosa tau tak.TOLONG Delete Page Ni sebelum org lain nampak benda karut ni.