
Semoga Din Beramboi cepat sihat dan minta kawan-kawan jangan dengar khabar angin melalui e-mel/SMS mengenai Din sudah tiada. Beliau masih di ICU, bertarung nyawa melawan virus denggi tersebut.
CABAR UMNO TARIK DARJAH KEBESARAN SULTAN
Posted by Love Perak | Thursday, April 01, 2010 | 0 comments »Dari Azwan Ali : Hi semua ! Sms dari pak nil yg baru melawat din beramboi ! Dia nazak ! Hanya allah swt kita berserah ! Perpjg usia din ! Aminn
Dari Afdlin Shauki : Keadaan din tak menggalakkan. Teruskan berdoa. - Sempat tengok din, dia masih taksedarkan diri. Masih fighting for his life. Mari kita bantu dia dengan doa kepada Allah swt dan menghantar positive thoughts and vibes kepadanya.
Pemikiran pimpinan UMNO Pulau Pinang telah dipenjarakan oleh media massa arus perdana dan ideologi sempit Melayu.Lim Guan Eng ingin membebaskan masyarakat Melayu supaya lebih merdeka dan Lim Guan Eng juga sedar jika PR tidak membantu rakyat,PR boleh dihukum pada PRU 13.Saudara Lim Guan Eng satu watak yang digeruni UMNO.Banyak betul program beliau untuk rakyat.
Begitu dengki- khinat UMNO yang memperlekehkan usaha Saudara Lim Guan Eng untuk sekadar memberi RM100.00 untuk warga emas.Mereka mampu mengira berapa sen sehari yang warga emas dapat.Umno melalui tukang karutnya tetap pergi ke kampung orang Melayu menyatakan itu rasuah dan menghina orang Melayu Pulau Pinang.
Malangnya mereka tidak melaporkan kepada SPRM,sekadar riuh sekampung untuk menidakkan program kerajaan PR Pulau Pinang.
Begitu juga apabila Lim Guan Eng membantu Sekolah Agama Rakyat ,itu dianggap tugas kerajaan.Mereka menutup isu jumlah besar yang diberi Kerajaan PR Pulau Pinang.
Begitu juga isu golongan peniaga Melayu yang dipinggirkan oleh UMNO selama ini dipeti sejukkan tetapi apabila gerai haram cuba diatasi oleh kerajaan tempatan ,Sdr Lim Guan Eng dituduh anti-Melayu.
Padahal Lim Guan Eng anti- BN dan anti-UmNo.
One Israel-1M'sia: BN heret Anwar ke JK khas
Posted by Love Perak | Thursday, April 01, 2010 | 0 comments »Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen.
"Kerajaan me
![]() |
Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.
Anwar semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan "One Israel'.
Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.
Nazri kemudiannya memberi ketua umum PKR itu tempoh seminggu untuk memberikan penjelasannya pada Selasa lalu.
![]() |
Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.
Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.
Ehud Barak yang datang jumpa saya - Zahid Hamidi
Posted by Love Perak | Thursday, April 01, 2010 | 0 comments »Mengenai pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada Jun lepas, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa beliau telah mengambil kesempatan dalam pertemuan itu untuk menjelaskan kepada Barak mengenai pendirian Malaysia yang tidak menyokong sama sekali tindakan kekejaman Israel di Palestin.
Katanya pertemuan selama 20 minit pada majlis koktail sempena Pertunjukan Udara Paris di Perancis itu diadakan atas permintaan Menteri Pertahanan Israel itu sendiri.
“Hasrat Menteri Pertahanan Israel untuk bertemu saya disuarakan pegawai pengiringnya kepada penasihat pertahanan saya. Saya memang mengaku bertemu dengannya tetapi bukan saya yang pergi berjumpa dia, sebaliknya dia yang datang ke majlis itu,” katanya.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) bangun mencelah untuk mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Ahmad Zahid itu yang dianggap mereka sangat membanggakan.


nuffnang_bid = "47417717e9bd8370d0975a1ce9760ca5";
CiLiK©: Kepada zombie-zombie tegar UMNGOK fikirlah sendiri, inikah parti yang ingin memperjuangkan Islam? Pemimpin kaki mabuk begini nak diberi kepercayaan untuk mengetuai barisan hadapan untuk membela Islam?
MiloSuam
IPOH : Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain mempersoalkan sampai bila krisis di Perak akan berakhir apabila belia diminta untuk merujuk kepada sidang DUN Perak yang terkini.
"Sampai bila?"Soalnya dengan serius dan tegas dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak hari ini.
Disamping itu beliau mendesak supaya DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
"Kita cadang DUN Perak dibubarkan segera" Katanya.
"Yang malangnya bila rakyat Perak tidak mendapat hak yang sebenarnya. BN Melepaskan batuk ditangga nuntuk mengelak dun terbubar sendirinya" Jelasnya.
Tengah feeling aku tidoq tadi, tiba-tiba henpon aku bunyi ada mesej masuk. Anak haron betol!! Sapa pulak kacau aku pepagi buta ni? Aku pun sambil mamai bukak la mesej tu baca.
"wey!! Mampoih la hang, harini polis nak mai tahan hang!! - itulah mesej yang diterima daripada member baik aku. Gedeboomm!! Daripada aku dok mamai tadi terbeliak terus mata aku. Jantung aku berdegup macam nak rak!
Aku pun terus reply. "biaq betoi, mana hang dapat info ni? Polis nak tahan aku atas kesalahan apa?" aku taip mesej sambil ketaq2 jantung.
Tak sampai 2 minit, masuk balik mesej baru. Aku pun bukak la takkan nak tidoq balik kan. Sekali dia reply "APRIL FOOL!!! Hahahahaha." tu ja dia tulis.
Cilako betol!! April Fool punya pasal abis pagi ni punya nikmat tidoq aku dah terlepas. Aku reply balik "hang dah berutang ngan aku nikmat tidoq!! Aku tuntut sampai hari akhirat!!" hahaha!
Huh. 1st time aku kena april fool yang betul-betul mencengkam jantung dan semua usus dalam badan aku!
Nasib la aku ni muda remaja lagi, kalau tak, boleh kena serangan jantung beb!!















