Mengenai pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada Jun lepas, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa beliau telah mengambil kesempatan dalam pertemuan itu untuk menjelaskan kepada Barak mengenai pendirian Malaysia yang tidak menyokong sama sekali tindakan kekejaman Israel di Palestin.
Katanya pertemuan selama 20 minit pada majlis koktail sempena Pertunjukan Udara Paris di Perancis itu diadakan atas permintaan Menteri Pertahanan Israel itu sendiri.
“Hasrat Menteri Pertahanan Israel untuk bertemu saya disuarakan pegawai pengiringnya kepada penasihat pertahanan saya. Saya memang mengaku bertemu dengannya tetapi bukan saya yang pergi berjumpa dia, sebaliknya dia yang datang ke majlis itu,” katanya.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) bangun mencelah untuk mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Ahmad Zahid itu yang dianggap mereka sangat membanggakan.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment