http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zul Nordin dan kafir harbi

Posted by Love Perak | Thursday, September 02, 2010 | | 1 comments »

Oleh: notan
"Assalamualaikum..,,

Apa sudah jadi dengan the riding MP sekarang ini?Di bulan yang penuh keberkatan inipun the riding MP masih tidak mahu menjaga mulut(atau tangan yang mengetuk keybox).The riding MP, Zul Nordin nampaknya sudah hilang sensiviti terhadap ajaran agama apabila dengan celupar melebelkan MP Serdang yang masuk surau sebagai kafir harbi, seolah Zul Nordin sudah hilang pedoman dan sudah hilang kepatuhan kepada ajaran baginda Nabi.Kenapa jadi macam tu wahai Zul Nordin?

Apakah ajaran UMNO melalui ulamak muda mereka menyebabkan Zul Nordin jadi macam ni?Kafir harbi bukan sebarang kafir malah kafir yang wajib dperangi dan dibunuh wahai Zul.Atau apakah Zul mahu memberi tahu kita semua bahawa MP Serdang yang masuk surau itu wajib dibunuh?Betul kah begitu, bagaimana kalau MP Serdang itu bukan kafir harbi sebaliknya kafir zimmi?Bukankah Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti zimmi sama seperti menyakiti aku?


Malang bagi seorang seperti Zul Nordin membiarkan diri hanyut sebegitu sekali, malah ketika Zul sibuk membela kes kes murtad dulupun tak pernah kedengaran Zul melebelkan orang orang kafir yang memurtadkan melayu Islam itu sebagai kafir harbi.Jadi timbul pula persoalan yang ingin ditanyakan kepada Zul, berapa ramaikah orang melayu Islam yang sudah dimurtadkan oleh MP Serdang?Tetapi kini, kisah orang melayu Islam murtad sudah hilang dari dairi kehidupan harian Zul dan yang muncul ialah kafir harbi yang datang untuk menghulurkan bantuan kepada surau yang mana Zul sendiripun tidak berminat untuk menderma sebegitu rupa.Logiknya mana mungkin seorang kafir harbi datang membantu? atau mungkin Zul cuba maksudkan bantuan tersebut hanyalah umpan untuk memusnahkan kehidupan umat Islam?Kalau begitulah, hebat benar MP Serdang ini yang mampu memusnahkan kehidupan umat Islam hanya dengan bantuan yang dihulurkan kepada surau.


Seperti yang disebut di atas, bagaimana kalau MP Serdang itu bukan harbi tetapi zimmi?Tidakkah Zul Nordin sedar dengan peringatan baginda Nabi supaya tidak menyakiti zimmi dan menerima zimmi sebagai suadara sendiri.Siapa Zul Nordin mahu mengubah pengajaran Rasul?Zul Nordin juga mengulangi dakwaan pencacai yang menyebut MP Serdang memberi tazkirah di dalam surau dan pergi selangkah ke depan apabila apabila membandingkan layanan yang diberikan kepada MP Serdang dan ulamak muda UMNO, Fathul Bari.Tetapi Zul tidak pula membuat perbandingan dengan Rosmah Mansur yang turut ditemui memberi tazkirah di dalam masjid(bukan surau).


Apakah isi tazkirah MP Serdang tersebut? Apakah ianya sama dengan isi kuliah(Fathul Bari bukan memberi tazkirah tetapi kuliah)atau apakah isi tazkirah MP serdang itu memperkatakan haramnya qunut pada solat subuh, haramnya talkin di kubur, haramnya majlis tahlil arwah dan seumpamnya kerana semuanya bidaah?Atau apakah MP Serdang mengatakan tidak tutup kepala itu tidak mengapa kerana Islam duduk di hati bukan di kepala?

Zul Nordin semakin melalut sejak ditendang keluar dari PKR dan nampaknya diambang fasal ketiga Ramadhan dan ketika negara menyambut merdeka kali ke 53, Zul Nordin meneruskan agenda melalutnya malah dengan lebih bengong lagi apabila menuduh MP Serdang sebagai kafir harbi secara membabi buta dan tanpa mengikuti panduan sebenar seperti yang digariskan oleh Islam.

Zul Nordin mahu menjadi ular dalam semak apabila membandingkan tazkirah MP Serdang dengan kuliah Fathul Bari serta mengabaikan tazkirah Rosmah di dalam masjid yang turut dihadiri oleh sekumpulan wanita yang menyerupai wanita yang bersolat di belakang Aminah Wadud./Tranungkite

Usaha UMNO Rampas Pulau Pinang Tidak Akan Berjaya

Posted by Love Perak | Thursday, September 02, 2010 | 0 comments »

Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ‘jangan bermimpi’ untuk merampas Pulau Pinang daripada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kedudukan parti itu kini disifatkan sangat kukuh di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, walaupun pelbagai tuduhan dan ‘serangan’ yang dibuat UMNO dan BN terhadap parti itu namun tidak menggugat kedudukan mereka, malah semakin stabil dengan segala usaha bagi memajukan negeri itu.

“Kalau kita lihat pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit ‘diganggu’ pihak lawan, namun ia masih stabil kerana pentadbiran yang diguna pakai sangat disenangi rakyat kerana Selangor sangat diingini oleh BN untuk menakluk semula sebab itu mereka sanggup buat apa saja untuk dapatkan semula Selangor. Pulau Pinang mereka sudah tahu mereka ‘tidak boleh makan’," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Lawatan Delegasi Kerajaan Wilayah Anhui dan Program Pemadanan Perniagaan: Meneroka Pasaran Antarabangsa China, semalam.

Menurutnya, BN kerap mengatakan PR tidak stabil selain tidak kukuh namun apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana pergolakan yang berlaku sekarang bukannya di dalam PR namun pada BN.

“PR kukuh walaupun diserang ‘musuh’ dalaman dan luaran yang mana ‘musuh’ dalaman semuanya sudah habis iaitu tiada lagi yang ingin lompat parti atau sebagainya, proses pencerahan juga semuanya sudah selesai dan yang tinggal semuanya yang betul-betul setia pada pegangan parti.

“Saya akui, walaupun ada baki-baki ‘musuh’ ini, namun mereka sudah tidak bermaya dan peluang sangat cerah untuk PKR bertapak di sini kerana mereka yang tidak bermaya ini tidak berpeluang lagi untuk menimbulkan masalah dalam parti selain tiada lagi isu lompat parti atau keluar parti kerana ini isu sudah lapuk,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mansor berkata program Pemadanan Perniagaan: Meneroka Pasaran Antarabangsa China itu diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam pelbagai bidang mengenai peluang pemasaran di China.

Tembelang Khusrin Dah Pecah!

Posted by Love Perak | Thursday, September 02, 2010 | 1 comments »

Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno

SHAH ALAM 1 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melabelkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai 'talam dua muka' apabila didakwa menggunakan kuasanya untuk memujuk nazir Masjid Nurul Ehsan di Kampung Medan, Petaling Jaya supaya membenar Umno menggunakan masjid itu untuk satu program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru itu, Khalid berkata beliau akan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Khusrin yang dianggap sebagai ejen Umno dan bekerja demi kelangsungan dan kepentingan parti itu.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya petang tadi, Khalid memberitahu Badan Perhubungan Umno Selangor telah menghantar satu surat bertarikh 12 Ogos 2010 kepada nazir masjid untuk menggunakan masjid tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, Badrul Hisham Badrudin.

Tindakan ini kata beliau melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang supaya masjid atau surau di negeri ini digunakan untuk tujuan politik.

"Saya menerima salinan surat menggunakan kepala surat Umno yang dihantar kepada nazir Masjid Nurul Ehsan untuk meminta kebenaran menggunakan masjid itu untuk majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Pengarah Jais yang dilihat telah menyalahgunakan kedudukkannya untuk memujuk nazir masjid itu agar memberi kebenaran kepada Umno melaksanakan programnya.

"Bagi saya sikap Khusrin ini seperti 'talam dua muka' kerana beliau mempunyai kepentingan politik. Sebelum ini beliau mengecam Pakatan Rakyat apabila ada pemimpin menggunakan surau atau masjid untuk bertemu penduduk atau menyampaikan sumbangan tetapi kali ini beliau pula menjadi orang yang paling beriya-iya mendapat kelulusan masjid.

"Tindakan menggunakan surat parti dan platform Umno jelas melanggar titah Sultan Selangor serta bertentangan dengan etika beliau sebagai penjawat awam," jelas Khalid lagi.

Khalid berkata nazir tersebut bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa itu di masjid tetapi membenarkan ia diadakan di kawasan letak kereta dengan menggunakan surat permohonan baru yang tiada kaitan dengan badan politik.

"Apa yang saya tahu, Khusrin masih lagi berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan agar program itu dapat diadakan juga. Ini menunjukkan beliau ini adalah sebagai ejen kepada Umno untuk kepentingan politik lapok mereka, bila melibatkan Pakatan Rakyat beliau bising tetapi dengan Umno sanggup merayu sedemikian rupa," tegas Khalid.

Haa... Sumbingnya Senyuman Musa Hassan

Posted by Love Perak | Thursday, September 02, 2010 | 1 comments »



MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersalaman dengan Tan Sri Ismail Omar yang diumumkan sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan selepas sidang media di Putrajaya, hari ini.

Oleh : Lan Iisma

Musa Hassan tak disambung lagi kontraknya. Baguslah begitu, takkan asyik mukanya yang nak bertempek di situ. Kalau dia masih bertempek di situ, peluang untuk orang lain merasa pangkat itu susahlah. Dia berkata sudah tiba masanya dia bersara kerana faktor usia. Itu acah-acahnya sahaja, cuba disambung untuk kali ketiga, senyumnya akan melebar ke telinga. Apa-apa pun kalau disambung untuk kali ketiga, akan lebih banyak karutnya. Kalau kali ketiga akan lebih punahlah.

Nampakkah anda, senyum Musa Hassan tak menjadi, sumbing senyumannya dan lihat pula senyun Ismail Omar, iklaskan tu, tak nampak ke?

Lim Guan Eng Buat Hal Pulak!!!!

Posted by Love Perak | Thursday, September 02, 2010 | 0 comments »



Oleh : Edyesdotcom

Setelah negara ini gempar dengan peristiwa seorang YB dari DAP memberi tazkirah di 'mimbar' sebuah surau di Kajang, kini negara sekali lagi gempar apabila kelibat seorang Ketua Menteri dari DAP berbuka puasa bersama pemimpin PAS.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PAS itu telah tercemar dengan kehadiran Lim Guan Eng kerana beliau dikatakan tidak berpuasa pada hari tersebut dan juga diklasifikasikan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai 'kotor'.

Umat Islam tidak patut membenarkan mereka yang bukan Islam berbuka puasa bersama-sama kerana ditakuti menimbulkan kemarahan 'mereka-mereka' yang mempertahankan kesucian Islam, memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpuasa dan ia menyamai tindakkan YB Teo yang memasuki surau dengan tidak memakai tudung.

Pastinya akhbar media perdana seperti Utusan tidak melepaskan peluang bagi melaporkan betapa semua pemimpin DAP yang mendekati surau, masjid mahupun kepimpinan PAS sebagai tindakkan yang biadap dan menyalahi undang-undang rimba.

Walaubagaimanapun, pengecualian boleh diperkenalkan secara serta-merta sekiranya orang bukan islam yang dimaksudkan itu adalah berpaksikan Barisan Nasional sehingga dibolehkan mengadakan doa selamat, solat hajat dan bacaan yasin bagi memastikan kempen pilihanraya berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional itu sendiri.

Kepada YAB Lim Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP, janganlah kamu menyertai mana-mana program keagamaan yang dianjurkan oleh orang-orang muslim kerana menurut Menteri Dalam Negeri, kamu semua adalah 'kotor' pada pandangan Islam. DAP itu lebih anti-islam daripada UMNO walaupun DAP boleh memberi laluan kepada hukum hudud, berbanding UMNO yang 50 tahun menentang peraturan yang ditetapkan Tuhannya.

Sesungguhnya Islam 1Malaysia acuan Barisan Nasional itu sentiasa terserlah kebejatan 'double standard'nya dan sesiapa yang bersekongkol dengan Barisan Nasional itu jauh lebih islam dari orang islam terutama sekali pelakun lucah yang kini seorang presiden kepada parti komponan utama BN.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut ADUN Karamunting itu, keputusan sukar berkenaan terpaksa dibuat berikutan tindakan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya

Sejak kebelakangan ini juga timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN.

Ia berikutan pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin LDP.

- Berita penuh di sini

Sah Musa Hassan Tidak Jadi Ketua Polis Negara

Posted by Love Perak | Wednesday, September 01, 2010 | 0 comments »

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

FIRAUN BESAR ZUL KULIM SEMAKIN MERAPU

Posted by Love Perak | Wednesday, September 01, 2010 | | 0 comments »

Oleh: Mandor

MARAH benar nampaknya Firaun besar Kulim Bandar Baru Zul `Harbi' kepada pemimpin DAP yang digelarnya `kafir harbi'. Baca tulisan orang kecewa yang kena pecat dari PKR itu di sini. Simpatinya beliau terhadap anak bekas Mufti Perlis yang pernah didakwa kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah negeri yang diperintah oleh Bn itu.

Kata firaun besar ini, anak seorang bekas Mufti tidak dibenarkan memasuki masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi dibenarkan bertazkirah di ruang solat surau. Kita faham siapa yang firaun besar itu maksudkan. Masalahnya, siapa dia kafir harbi tersebut? Lojikkah kafir harbi melawat surau atau masjid untuk memberi bantuan membangunkan Rumah Allah itu? Kafir harbi itu bermaksud orang-orang kafir yang menentang Islam secara mutlak. Adakah pernah terjadi penentang Islam memberikan bantuan kepada Rumah Allah?

Firaun besar ini nampaknya semakin nyanyuk di dalam sebarang tulisannya semenjak dipecat dari PKR. Ilmu yang ada sedikit didadanya sedikit demi sedikit terjual akibat berkawan dengan puak-puak sekutu Apco, puak-puak yang menentang hukum Hudud dan yang menolak Islam itu. Harap kali ini tulisan firaun besar bukan `kelentong' lagi kerana beliau pernah mengaku beliau memang kaki kelentong sejak dahulu lagi.

Melucukan kita, yang mendakwa anak bekas Mufti Perlis itu kerana mengajar di masjid itu siapa? Negeri mana? Bukankah di negeri yang Bn dan Umno berkuasa? Maknanya firaun besar tahu Umno dan Bn itu zalim. /mandor.blogspot.com

Apa cerita Namewee?

Posted by Love Perak | Wednesday, September 01, 2010 | 1 comments »

Polis rekod kenyataan Namewee

Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'.

Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan.

Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri.

"Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh.

Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.- Malaysiakini

Kerja Orang Celaka

Posted by Love Perak | Wednesday, September 01, 2010 | 1 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRz9qAHpjNHy9b_BQStwYoC-FTN6zfhCmZZL24o5xLMwHG9Two6DfE-yYiYkaKB3j2Rgxx9CHyzXIcLMOuu0h2YrIZZRegz0xqeOoGCHKRAzPuoLITMrCvIWj_E0iklYwqM2deDQ0N1YCK/s1600/Sembelih+lembu+korban.png


Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"

Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.

"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.

"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi.