http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Apa cerita Namewee?

Posted by Love Perak | Wednesday, September 01, 2010 | 1 comments »

Polis rekod kenyataan Namewee

Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'.

Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan.

Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri.

"Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh.

Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.- Malaysiakini

1 comments

  1. Anonymous // September 1, 2010 at 11:10 AM  

    aku pun heran la. cekgu besar pencetus isu tu apa citer. senyak jer. org yg komplen racist yg kena... adusss.

    melayu betol la. semua dah terkena turn over media arus perdana.

    org yg buat kesalahan terlepas, org yg mengadu plak yg kena