http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kisah Samsudin Yang Anda Perlu Baca

Posted by Love Perak | Friday, September 03, 2010 | 0 comments »


Ketika dalam tahanan (KIRI). Setelah dibebaskan (KANAN)


Mat Sah GMI: SAMSUDIN YANG SAYA KENAL

Tak banyak yang saya tahu tentang diri saudara Syamsudin semasa di luar (sebelum kami di ISAkan) kerana jarang sangat bertemu kecuali hanya beberapa kali ketika sama-sama menghadiri majlis ilmu di beberapa tempat dan iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan yang diadakan di Masjid Bangsar anjuran Pertubuhan Al Ihsan.

Saya lebih mengenali beliau setelah sama-sama ditahan di bawah akta zalim ISA. Kami ditempatkan di PRC (Police Remand Center) yang sama dan diintrogasi selama tempuh yang sama kemudian dihantar ke Kem Kemunting di dalam kenderaan yang sama dan ditempatkan di Blok yang sama, kemudian dipisahkan selepas dua tahun oleh pihak Kemta sebagai salah satu strategi divide and rules, dan pernah juga ditempatkan di Blok confinement bersama untuk lebih dari satu tahun.

Syamsudin merupakan seorang yang pendiam tetapi tegas dalam mengamalkan sunnah dalam setiap pelaksanaan ibadah hatta perkara yang dihukumkan sunat oleh ulama dan selalu diremehkan oleh orang tetapi dia akan berusaha melaksanakannya dengan sungguh-sungguh. Baginya melaksanakan sunnah adalah menjadi keutamaan dan tiada kompromi padanya.

Pernah pihak Kemta menyuruh beliau potong janggutnya yang panjang tetapi beliau enggan kerana memelihara janggut adalah sunnah nabi, lalu pihak Kem menghukum beliau dengan memindahkannya ke Blok confinement. Menyimpan janggut panjang menyalahi peraturan Kemta.

Pihak SB biasanya datang ke Kemta berjumpa OT(orang tahanan) setiap enam bulan sekali dan sering berjanji dengan pembebasan, namun tidak ditepati. Hal ini juga berlaku kepada Syamsudin dan pembohongan ini menyebabkan beliau hilang percaya kepada pihak SB dan enggan untuk memenuhi setiap perjumpaan dengan pihak SB. Di atas keengganan beliau ini sering dijadikan alasan oleh pihak SB dalam menjastifikasikan bahawa beliau belum insaf (mengiakan segala alasan pertuduhan dan tidak membantah pemerintah) seterusnya mengusulkan kepada pihak KDN untuk terus melanjutkan penahanan beliau.

Syamsudin juga mempunyai sifat kebergantungan kepada Allah yang tinggi, tidak mengeluh dalam setiap masalah yang dihadapi sampai-sampai saya pun tidak menyedari kalau pun beliau ada masalah. Beliau pernah dibawa ke KL beberapa kali untuk tujuan yang saya kurang jelas tetapi dimaklumkan bahawa beliau ke KL kerana bertemu keluarga. Keadaan beliau yang sentiasa tenang langsung tidak menampakkan adanya masalah besar sedang dihadapinya. Setelah semuanya selesai baru dia beritahu bahawa beliau ke KL atas urusan di mahkamah syariah bagi memenuhi tuntutan fasakh oleh isterinya. Terkedu saya dibuatnya.

Menurut hukum, seorang isteri memang ada hak untuk menuntut fasakh berdasarkan pada keadaan yang berlaku. Akta ISA adalah tahan tanpa bicara selama dua tahun dan orang yang ditahan boleh dilanjutkan penahanannya sehingga berkali-kali hingga tempuh yang tidak pasti, sementara Syamsudin ketika itu sudah pun ditahan menghampiri enam tahun. Syamsudin cukup mengerti akan hal ini dan memahami pula penderitaan isteri dan anak-anaknya selama ketiadaannya bersama, maka memenuhi tuntutan isterinya adalah sebaik-baik pilihan buatnya ketika itu dan tentunya setelah didahului dengan istikharah. Walaupun nampak tenang ketika menceritakannya namun matanya yang berkaca menggambarkan segalanya lebih-lebih lagi apabila ditanya tentang anak-anaknya.

"Yang aku risaukan kalau nanti anak-anak aku tak kenal aku lagi..." jawabnya pendek seperti tak cukup nafas.

Jawapannya langsung tak memenuhi soalan tapi kerisauan yang dimaksudkan saya fahami betul lantaran lamanya ditahan bersama.

Ramadhan sudah memasuki separuh kedua, sementara Syamsudin ditahan sudah di tahun kesembilan.

"Jangan lupa...! aku masih ada kat dalam ni ya!". Ayat terakhir yang diucapkan kepada saya disaat saya dibawa keluar dari Kemta Ramadhan lepas.

Mungkinkah Syamsudin dapat berhariraya bersama anak-anaknya tahun ini?

Wallahu a'lam
Hasbunallah wa ni'malwakiiil

0 comments