http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com


Kamarul: Ahli PKR tolak saya sebagai MP

Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.

Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

2 comments

  1. matkambing // September 27, 2010 at 8:19 AM  

    bagus juga datuk mengosongkan kerusi telok kemang kerana berpegang pada prinsip demokrasi. akan adakah pru kecil parlimen telok kemang dalam masa terdekat ini? adakah pr sudah bersedia?

  2. Putra IJ80 // September 27, 2010 at 2:54 PM  

    Jangan Marahkan Nyamok Kelambu di bakar,Payah klu Org.Tua merajok.,.