http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kenyataan Terhebat Ustazah Shahrizat!

Posted by Love Perak | Wednesday, September 15, 2010 | 5 comments »

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Selasa September 14, 2010
Oleh SALWA SHA'ARI

Shahrizat menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan
anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu.
Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.


Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa.
Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.

Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.

"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.

Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


mStar Online

5 comments

  1. Anonymous // September 15, 2010 at 11:58 AM  

    jgn ckp org...
    cermin diri kamu tu sendiri...
    aurat yg sepatutnye wajib ditutup, nape x ditutup....

  2. Anonymous // September 16, 2010 at 10:05 AM  

    Sekali imbas macam majlis akda nikah pula..

  3. Anonymous // September 17, 2010 at 12:13 PM  

    Pada anonymous
    Hang jgn nak cakap jgn suka suka dok kata orang, tak tutup aurat, memanglah wajib, abih hang duk kutuk org mcm hang tu baik sangat, inilah masalah orang melayu kita, mcm rasa diri tu baik sangat duk kutuk orang, abih yang bertudung sekarang ni baik sangat kah, semua pandang dari luar, orang yang rasa diri alim dok mengutuk orang ni, dosa lagi besar, sapa yang dapat mengucap bila nak mati besok wallahhu alam

  4. Anonymous // September 17, 2010 at 12:18 PM  

    korang ni bukan tahu ada perikemanusiaan, melayu sama melayu tak da kerja lain duk mengutuk aja kerja korang, orang nyawa dah melayang bukan ada rasa simpati sempat lagi mengutuk.

  5. Anonymous // September 20, 2010 at 7:13 PM  

    kaya didunia tapi miskin diakhirat buat apa betul tak?