http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Seorang ADUN Perak Sertai PPP?

Posted by Love Perak | Thursday, September 30, 2010 | 0 comments »

IPOH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikatakan akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam masa terdekat, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari kepimpinan tertinggi negeri dan pusat. 

Menurut Ketua Pemuda PPP Negeri, Mustafar Rahadi, hasrat itu disampaikan ADUN berkenaan beberapa minggu lalu dalam perbincangan dan kata sepakat yang dicapai bersama antara kepimpinan bahagian dan Pemuda PPP negeri. 

Katanya, hasil keputusan itu akan dikemukakan ke peringkat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mendapat persetujuan serta menetapkan tarikh pengumuman ADUN berkenaan menyertai PPP yang dijangka sehari dua lagi. 

“ADUN ini berminat menyertai PPP adalah atas dasar konsep 1 Malaysia yang subur diperjuangkan pemimpin dan ahli PPP peringkat cawangan, bahagian, negeri serta nasional. 

“Tambahan pula, dengan kekuatan dan kesatuan pelbagai kaum di bawah PPP, ADUN itu yakin parti ini mampu menjana transformasi kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mustafar berkata, keputusan ADUN itu menyertai PPP juga adalah atas faktor masa depan karier politiknya. 

Kata beliau, pihaknya tidak menjanjikan sebarang kemewahan atau ganjaran, tetapi apa yang pasti sokongan moral akan sentiasa diberikan kepada ADUN berkenaan terus bekerja untuk rakyat. 

“Saya tidak boleh dedahkan identiti ADUN itu, sama ada dari komponen BN mahupun Pakatan Rakyat (PR), kita tunggu dan lihat pengumuman yang akan dibuatnya dalam masa terdekat. 

“Kemungkinan juga ADUN itu akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPP di Perak sebaik sahaja proses pendaftaran keahlian selesai,” katanya. 

Menurut Mustafar, ADUN itu terlalu rapat dengan PPP dan apa sahaja masalah yang dihadapinya akan diluahkan serta diselesaikannya. 

“Sebab itulah, beliau merasakan hubungan antara kami tidak pernah dirasai sepanjang bergelar ADUN. Ini juga sebagai bukti kami untuk bersama-sama berusaha memperkasakan PPP demi kepentingan rakyat,” katanya.

0 comments