http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Terkini : Anak Raja Petra Dibebaskan

Posted by Love Perak | Wednesday, September 22, 2010 | 0 comments »

Anak penulis blog yang melarikkan diri di luar negara, Raja Petra Kamarudin hari ini dibebaskan daripada dua tuduhan mencuri dan pecah masuk rumah.

Dalam penghakimannya, majistret Shah Alam, Norkamilah Aziz berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Raja Azman Raja Petra.

Menurut peguam Raja Azman, J Chandra, anak guamnya itu masih menghadapi dua lagi tuduhan berhubung kecurian ke atas dirinya.

“Kami akan mengemukakan pembatalkan tuduhan berkenaan berikutan keputusan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Raja Azman pada 19 Mei tahun lalu pada mulanya mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki barang-barang curi.
Dia bagaimanapun pada 19 Jun tahun lalu telah mengubah pengakuannya itu dan minta dibicarakan.

0 comments

There was an error in this gadget