http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Posted by Love Perak | Thursday, September 30, 2010 | 0 comments »

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson,usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Dato’ Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.


Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini, jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia. Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

0 comments

There was an error in this gadget