http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Benarkah laporan utusan?

Posted by Love Perak | Sunday, September 12, 2010 | 0 comments »

Oleh : Cikgu Din Sisibukit

Kita masih mengharapkan mayat yang rentung ditemui di sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat, Morib di sini,bukannya Puan Sosilawati dan rakan-rakan.?Juga bukannya manusia dan haiwan.Jika itu makhluk Allah s.w.t .amat kejam tingkahlaku manusia dizaman kita telah merdeka 53 tahun ini.

Polis dikatakan telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjung Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.Kita pun hairan bagaimana maklumat sebegini tragis boleh dicium wartawan Utusan.Sedangkan akhbar lain masih perlahan membuat liputan.Adakah berita ini sekadar untuk melariskan jualan akhbar,bukannya tanda simpati dan empati kepada kaum keluarga mereka yang terlibat.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Namun buat mereka yang kehilangan keluarga ,kita sedakah bacaan al-fatihah.

0 comments