http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mana Puak Harami? Bila Nak Tentang Kamalanathan Baru Masuk Masjid Ni!!

Posted by Love Perak | Saturday, September 18, 2010 | 4 comments »

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.      

4 comments

  1. Putra IJ80 // September 18, 2010 at 4:57 PM  

    Kah!kah!

    Nanti puak puak tur kata,

    Lelaki dgn pompan lain fizikal nya.

    Kita dah tahu mereka akan cari alasan punya.

  2. Anak Sungai Derhaka // September 18, 2010 at 5:27 PM  

    Salam Tuan..

    Tolong publish artikel ni sat..

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/09/etika-pemilihan-pkr-untuk-siapa.html

    Terima kasih..

  3. Anonymous // September 19, 2010 at 9:44 PM  

    Ustaz kamalathan tu tak datang haid... so... ok ler... hahahahaha

  4. Anonymous // September 20, 2010 at 7:15 PM  

    dah namanya UMNO..sape tak kenal putar belitnya..