"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.
"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .
Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
...
"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. , anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.
sudah ada blog pencacai umno yang memburukan peribadi richard branson! terserlah kedangkalan pencacai untuk berhujah dengan rasional!
hahahahaha......apa branson peduli...dia billionaire...yg dok maki tu hari2 mkn budu je...hehehe...porah umno