Ismail Mohd Ali, the special assistant to Bayan Baru Independent MP Zahrain Mohd Hashim who quit PKR in February, has today returned the RM1,000 cash awarded to him by the Penang government upon his mother's death.
ahahahahaha... pada yang tak paham bahasa omputih ni, maksudnya Zahrain telah memulangkan duit rm1000 yang diberi kerajaan pulau pinang ketika ibu nya meninggal dunia. hahahahaha dah la bodoh lagi tunjuk kat semua orang kebodohan diri sendiri... hahhahahaaha aku malas nak komen... orang yang baca blog aku ni semuanya bijak2 dah... korang pikir le sendiri.... hahaha
Zahrain Katak Pulangkan Duitnya, HAHAHA
Posted by Love Perak | Saturday, October 02, 2010 | 0 comments »Pakatan Rakyat Bersedia Jika Pilihanraya Sarawak Diadakan Ketika Pemilihan PKR
Posted by Love Perak | Saturday, October 02, 2010 | 0 comments »
Jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat Sarawak bersiap-sedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri itu bakal diadakan ketika pemilihan nasional Parti Keadilan Rakyat November depan.Desas-desus bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Taib Mahmud mahu memastikan PKR tidak berupaya memberi tumpuan penuh kepada pilihanraya negeri kerana sibuk dengan pemilihan parti.
"Pemilihan PKR pada 29 Oktober sehingga 21 November ini, dilihat masa sesuai oleh Taib untuk menumpulkan saingan parti itu jika pilihanraya negeri diadakan pada masa sama," kata seorang sumber yang rapat dengan kerajaan negeri Sarawak.
Adun Padungan Dominuque Ng menerangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan mengadakan persidangan pada awal November depan dan kerjasama kukuh antara PKR, PAS, DAP dan SNAP telahpun terjalin sejak penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak beberapa bulan lalu.
"Mereka (ADUN) telah diberi notis ada persidangan DUN dari 1- 10 November, tapi selepas itu tiada siapa tahu.
"Yang penting kita telah buat persiapan untuk pilihan raya pada bila-bila masa.
"Jentera semua kawasan kita sudah gerakkan, cuma satu dua kita cari calon, kebanyakan sudah ada," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
Dominique juga membidas kenyataan Taib bahawa Barisan Nasional akan mendapat kemenangan dengan 'majoriti selesa' atas sokongan kaum bumiputera kerana rakyat Sarawak telahpun menunjukkan minat untuk berubah terutamanya selepas Pilihan Raya Kecil Sibu dimenangi wakil Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng.
"Jangan cakap awal, belum cuba belum tahu, sekarang keadaan Sarawak telah banyak berubah.
"Yang dia cakap di kalangan bumiputra, ramai yang dah berubah dan yang lebih kita risaukan ialah penduduk luar bandar.
"Pilihan raya kali ini ialah peluang keemasan kita (PR) menawan Sarawak kerana kita boleh dapat sokongan dari semua kaum," kata beliau
Imbas Kembali : Tindakan UMNO Terhadap Ku Li
Posted by Love Perak | Saturday, October 02, 2010 | 1 comments »
Baca versi Malaysiakini di SINI...
Namun, Respon Ku Li....
“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)..” - Ku Li

Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu
KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.
“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”
Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.
“Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.
Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.
Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.
Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.
“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan,” katanya.
Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.
Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.- TMI
Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.
![]() |
Rakaman Ahli Parlimen Pasir Salak Bergaduh Dengan Pemandunya
Posted by Love Perak | Friday, October 01, 2010 | 2 comments »[Link Rakaman Tersebut Dibawah Sekali]
Kisah Tajudin bergaduh dengan pemandunya
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan. Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan. Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini. "Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada." "Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu. "Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin. "Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu. "Ada, ini dia," kata pemandu itu. "Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin. "Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu. "Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi. Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:- "Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu. Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah. "Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya. "Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin. Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi. Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa. Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta. Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor. Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu. "Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu. "Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin. "Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya. Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad. "Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin. Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu. Rakaman audio ucapan dan pertengkaran Tajudin dan pemandunya [Bhg.1] [Bhg.2] |
Anwar Kini Menjelajah Dunia Terangkan Isu Fitnah Liwat
Posted by Love Perak | Friday, October 01, 2010 | 0 comments »Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam kempen global bagi mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwatnya yang didakwa tidak mempunyai asas dan bermotifkan politik.
![]() |
"Kerajaan berkata kes ini tidak ada kaitan dengan mereka, tetapi fakta yang dikemukakan menunjukkan sebaliknya,” katanya.
Anwar kini menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya yang mungkin bakal mengugat kerjaya politiknya jika dihumbankan semula ke penjara. Sebelum ini, bekas timbalan perdana menteri itu telah menjalani penjara enam tahun atas pertuduhan liwat yang lain.
Anwar yang berjaya menambahkan bilangan kerusi PKR dan parti pembangkang yang lain pada pilihan raya umum 2008, kini menimbulkan kebimbangan kepada BN mengenai kemungkinan gabungan itu ditumbangkan setelah memerintah negara sejak mencapai kemerdekaan.
Anwar berkata dakwaan terbaru yang dibuat oleh seorang pembantunya itu adalah usaha kerajaan persekutuan pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan tekanan tekanan politik ke atasnya.
![]() |
Anwar dan penyokongnya berjumpa dengan ahli parlimen dan pegawai kerajaan di Brussels dan akan berlepas ke London, Barcelona, New York dan Jakarta sebelum perbicaraannya bersambung pada 14 Oktober ini.
Anwar menerima sokongan meluas di kalangan ahli parlimen Jerman ketika di Berlin, meskipun beliau tidak mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan.
Pejabat Kementerian Luar Jerman juga tidak memberikan sebarang respon ketika diminta maklumat mengenai lawatan Anwar ke negara itu.
- dpa
Hari mengundi Dun Galas jatuh pada hari bekerja - SPR
Posted by Love Perak | Friday, October 01, 2010 | 0 comments »PUTRAJAYA, 10 Oktober -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari cuti sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya KecilDewan Undangan Negeri Galas dan hari bekerja sebagai hari pengundian, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Jumaat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas itu kosong berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Ketika ditanya bantahan dari pihak Pakatan Rakyat mengenai kewajaran hari pengundian jatuh pada hari bekerja, beliau berkata bahawa SPR adil dan tidak condong pada mana-mana pihak.
"Kita adil. Pembangkang mahu hari cuti, maka kita berikan penamaan calon pada hari cuti. BN pula mahukan hari bekerja, maka kita berikan pengundian pada haru berkerja. SPR sangat adil."
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato’ Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar ‘hentam keromo’. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.
Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.
Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;
1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.
2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.
3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai ‘Pembela Agama, Bangsa & Negara’ agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang ‘halal’ dari Kerajaan Negeri.
Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi ‘peluru’ terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang.
Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup ‘terpukul’ dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.
Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah ‘Pembela Melayu yang sebenar’, seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.
Kami Yang Membawa Suara Rakyat;
SYED MIKAEL RIZAL AIDIDSetiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)
YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang
MOHD. NOR B. HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang
Menitis Air Mata Pak Teh Ketika Saya Luluskan Tanahnya - DS Nizar
Posted by Love Perak | Friday, October 01, 2010 | 0 comments »Al-Faatihah. Tok guru Pak Teh (Dato' Abdul Latiff Abd Rahman) dari Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu, Gerik kembali kerahmatullah mlm/subuh tadi jam 1.30pagi)
Allahyarham Pak Teh pernah pohon tanah 45 ekar dibelakang pondoknya pd 2004 namun ditolak kerajaan UMNO/BN. Beberapa rayuan dibuat oleh Pak Teh juga ditolak oleh kerajaan Tajol Rosli yg juga secara kebetumlan menjadi ADUN di Pengkalan Hulu.
Permohonan Pak Teh diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa seminggu setelah fail dikmaskini pd julai 2008. Tanah 45 ekar itu bolih memberi hasil untuk pondok PT apabila diusahakan dan dibangunkan dgn tanaman pertanian.
Semasa PR luluskan tanah itu, Pak Teh menitis air mata air mata mengenangkan bagaimana umno/bn tak mahu membantu sekolah pondok PakTeh. Namun PAS-DAP-PKR pula yg memberi kelulusan.
Allahyarham PakTeh mengeluarkan satu sijil khas kepada kerajaan PR menyanjong tinggi & menghargai Pakatan Rakyat dalam meluluskan tanah seluas 45 ekar bagi pondok PakTeh. Kini tanah tersebut di gazet dunia akhirat untuk kegunaan pondok sebagai tempat menyebar luas ilmu agama. Beruntunglah mereka yg mengundi Pakatan Rakyat .
Smoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya Pak Teh yg juga ahli majlis fatwa negeri yg banyak berjasa menyebar-luas ilmu agama. al-Faatihah
21 Syawal 1431H.Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.
Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.
Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.
Pak Teh dalam kenangan :-
Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.
Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.
Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.
Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.
Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.
Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.
Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.
SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..


KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.












