http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Imbas Kembali : Tindakan UMNO Terhadap Ku Li

Posted by Love Perak | Saturday, October 02, 2010 | 1 comments »




Baca versi Malaysiakini di SINI...

Namun, Respon Ku Li....

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)..” - Ku Li



Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.

Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan,” katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.- TMI

1 comments

  1. jemaah bangkit // October 2, 2010 at 8:31 AM  

    Ketika kuli menentang dr mahathir bagi merebut jawatan presiden umno,dia kalah tipis.
    rentetannya,umno diharamkan dan pecah dua kepada team A dan team B.
    Najib ketika itu ketua pemuda umno sokong dr mahathir walaupun isterinya anak kepada tengku iskandar yang juga kerabat di raja kelantan.
    kuli cuba menubuhkan umno baru tetapi tidak dibenarkan menggunakan nama umno.akhirnya dia menubuhkan semangat 46 dan dr mahathir pula dibenarkan menubuhkan umno baru.
    S46 bertanding dalam pru dengan bekerjasama dengan PAS dalam angkatan perpaduan ummah dan DAP,PBS dalam gagasan rakyat.KIMMA ketika itupun menyokong kuli
    menjelang PRU,manipulasi media pro umno yang menggambarkan kuli memakai sigah ada lambang salib ketika lawatannya ke sabah dan memberi impak yang cukup besar.S46 kaah teruk.lama kelamaan rakannya sendiri meninggalkannya seperti rais yatim,ibrahim ali,shabry chik untuk menyertai umno dan s46.kuli bersendirian ketika itu.akhirnya s46 dibubarkan.mahukah kuli membiarkan dirinya dimalukan lagi.ketika perjuangkan royalti minyak untuk rakyat kelantan ada pemimpin umno yang memintanya dipecat dari umno.pas dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat tak pernah meminggirkan kuli tapi inilah yang dilakukan oleh umno terhadapnya.

There was an error in this gadget