http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rupanya Ibrahim Ali Pengecut Dengan UMNO

Posted by Love Perak | Tuesday, October 05, 2010 | 0 comments »

Keengganan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyahut cabaran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Ibrahim supaya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Galas membuktikan pertubuhan itu sememangnya bersekongkol dengan Umno.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ibrahim Ali keberatan menjawab soalan yang diajukan berhubung cabaran Khalid lalu memberi alasan sedang memandu kereta.

"Saya tengah memandu ni dari Ipoh ke KL," begitu jawapan Ibrahim walaupun diminta masa hanya seminit untuk memberi jawapan.

Dalam responsnya terhadap sikap Ibrahim, Khalid berkata cabaran beliau adalah 'acid test' atau penentu kepada samada benar Umno tidak berpakat dengan Perkasa atau retorik pemimpin Umno menolak badan itu sekadar retorik politik semata-mata.

"Kalau benar-benar Perkasa tidak bersama Umno seperti didakwa, Ibrahim sepatutnya beranilah untuk bertanding di Galas. Tetapi kalau dia tidak berani memang sahlah Perkasa dan Umno adik beradik," jelas beliau.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno engganan bekerjasama dengan Perkasa dan mendakwa pertubuhan itu telah menghakis sokongan pengundi terhadap Umno.

Malah kata beliau Umno juga tidak akan menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya umum ke-13. 

0 comments

There was an error in this gadget