http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Perkasa Sangat Takut Kepada Azmin Ali

Posted by Love Perak | Monday, October 04, 2010 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA juga tertarik dengan pemilihan di dalam PKR. Kenyataan PERKASA yang mahukan ahli-ahli PKR menyokong Sdr Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden PKR menunjukkan PERKASA sememangnya berminat di dalam politik dan bagusnya pertubuhan itu mula tertarik dengan PKR. Ini bererti kenyataan Presiden PERKASA sebelum ini bahawa PERKASA tidak berminat di dalam politik hanyalah sekadar bunyi `Ong...Ong...Ong...' katak memanggil hujan sahaja.

Mengapa PERKASA begitu anti dengan YB Azmin? Ini semua bermula apabila YB Azmin menyelar Tun Mahathir sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat PKR Cabang Gombak semalam. Apabila YB Azmin menyerang Tun Mahathir yang dianggap seperti `Sammy Vellu di dalam MIC' oleh PERKASA, maka sudah tentu layak YB Azmin diserang oleh PERKASA. Persoalannya, tercederakah YB Azmin dengan serangan umpama `cubitan' dari PERKASA itu?
Siapa takut dengan pengaruh PERKASA sekarang? PERKASA hanya layak mencabar seorang individu bernama `Namewee' sahaja. Itulah standard PERKASA.

Bagi saya, hebatnya YB Azmin tentulah mendatangkan ketakutan kepada sesiapa sahaja yang memusuhi PKR dan PR. Mereka sudah tahu prinsip YB Azmin dan mereka sedar bahawa MP Gombak ini adalah pelapis kepada kehebatan DS Anwar. Mereka percaya, apabila DS Anwar disumbatkan ke penjara kelak PKR akan berkubur dengan syarat tiada orang seperti YB Azmin menggantikannya. Apakah Sdr Mustafa Kamil tidak hebat? Beliau juga anak didik DS Anwar tetapi kehebatan YB Azmin di dalam aspek `menyerang' Umno/Bn amat ditakuti oleh mereka.

Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh mengurus atau mentadbir parti dengan baik, tetapi mesti tahu strategi dan berani menyerang musuh pada waktu dan ketikanya. Terlalu banyak bertahan dengan serangan musuh bukan satu strategi yang bijak dan berkesan. Apabila YB Azmin menyerang Umno sekaligus menyerang PERKASA, ini yang membuatkan mereka gerun dan gentar dengan kebolehan YB Azmin.

Kepada sesiapa yang ingin menyokong Sdr Mustafa Kamil, mereka boleh meneruskan sokongannya tetapi bukan kerana kehendak PERKASA yang jelas ada agenda politik mereka. Sokongan terhadap Sdr Mustafa Kamil juga baik kerana tidak akan merugikan parti kerana beliau juga adalah anak didik DS Anwar. Sekiranya ingin menyokong YB Azmin pula, teruskanlah sokongan anda bukan kerana beliau dikatakan orang kuat DS Anwar, tetapi beliau telah membuktikan komitmennya terhadap perjuangan ini samada DS Anwar di luar mahu di dalam penjara./wfauzdin.blogspot.com

0 comments

There was an error in this gadget