http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Jawapan Najib di Parlimen, UMNO Muka Tak Malu!

Posted by Love Perak | Monday, October 04, 2010 | 0 comments »

DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang.

  Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa.

Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan.

Pua menambah, Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal.

Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu “untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam
Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”

“Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan,” kata Pua.

0 comments

There was an error in this gadget