http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rakyat Tidak Perlu Risau Jika Bertukar Kerajaan - Prof Aziz Bari

Posted by Love Perak | Sunday, October 10, 2010 | 0 comments »

Pakatan pembangkang yang dilihat giat mengatur strategi bagi mengambil alih kuasa peringkat persekutuan tidak pernah cuba menukar sistem sedia ada lantaran kesetiaaan mereka kepada Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Prof. Dr Abdul Aziz Bari mengganggap rakyat Malaysia bertuah kerana perubahan politik mahupun kuasa pentadbiran yang berlaku, langsung tidak melibatkan sistem.

Bercakap pada program Wacana Rakyat anjuran Gerak Massa Malaysia (Gesa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu berbeza di negara lain yang menyaksikan penukaran sistem sebagaimana Revolusi Perancis dan China yang membawa pertumpahan darah.

"Inilah sebenarnya satu sifat, satu ciri yang menerangkan mekanisme perubahan itu dan di sini satu perkara yang sangat baik dan positif kerana perubahan tak jadikan negara tunggang langgang seperti di sesetengah tempat.

"Rakyat mampu melihat sesuatu yang berbeza tanpa membayar harga yang mahal," katanya.

Aziz berkata, rakyat Malaysia semakin berani memilih dan terbukti melalui keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu sekali gus menunjukkan mereka sudah bersedia untuk atmosfera politik baru dengan menerima pakai sistem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Macam kita bawa satu produk, dia akan ambil yang baik...yang dia rasa boleh penuhi keperluan pilihan dia," katanya.

Beliau juga menganggap sistem dua parti di negara ini semakin mantap berikutan penubuhan entiti Pakatan Rakyat yang membawa dasar yang jelas dalam perjuangan politik, sekalipun pendaftarannya sebagai sebuah gabungan, berdepan halangan.

Aziz juga berharap BN mampu mengulangi kewibawaan peranan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang jika entiti menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP itu menguasai Putrajaya, bagi mengekalkan keseimbangan politik.

0 comments

There was an error in this gadget