http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar Bukan ke Putrajaya, Tapi ke Penjara!

Posted by Love Perak | Friday, October 08, 2010 | 0 comments »

Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Najib, you go to jail

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?
Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email

0 comments