http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Berita Membimbangkan UMNO?

Posted by Love Perak | Wednesday, October 13, 2010 | 0 comments »

Percaya atau tidak - rakyat Malaysia mempunyai rakan paling ramai dan pengguna utama di rangkaian laman sosial di dunia.

Ini adalah berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh firma pemasaran antarabangsa, TNS yang memantau gelagat dan tabiat orang ramai di internet.

Rakayat Malaysia secara purata mempunyai 233 rakan digital dan ini diikuti 231 di Brazil dan 217 di Norway.

Mereka yang paling kurang rakan digital adalah di Jepun dengan hanya 29 kawan diikuti dengan 38 di Tanzania dan 50 di Korea Selatan.

Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt berkata keputudsan itu mungkin menunjukkan 'budaya yang tidak ramai rakan tetapi persahabatan yang erat” di negara-negara berkenaan.

“Pengguna China pula secara purata mempunyai 68 kawan di rangkaian mereka di sebalik merupakan pengguna utama di laman sosial,” Froggatt.

Selain mempunyai rakan yang paling ramai, rakyat Malaysia juga menghabiskan masa yang paling lama di internet - purata sembilan jam setiap minggu melayari laman sosial berkenaan.

Warga Russia menduduki tangga kedua dengan purata 8.1 jam setiap minggu dan dikuti oleh rakyat Turki dengan 7.7 jam setiap minggu.

Malaysiakini
, portal berita utama negara ini, sehingga hari ini mempunyai 72,954 peminat Facebook dengan seksyen bahasa Cina mempunyai 36,022 pengikut dan disusuli oleh laman berbahasa Melayu (22,131) dan bahasa Inggeris (13,901).

0 comments

There was an error in this gadget