Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu.
Menurut Anwar, kerajaan “takut” kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Menurut Anwar, kerajaan “takut” kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.
Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.
"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu.
Bagaimana saya meminta Anda untuk rincian lebih lanjut? needda posting Great tahu lebih banyak ....