http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mahfuz Menibai Gerombolan

Posted by Love Perak | Tuesday, October 12, 2010 | 0 comments »



Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib telah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

0 comments