Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.
Ini kerana katanya, jentera pilihan raya BN terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.
"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.
Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.
Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.
Mengulas lanjut, Penasihat PKR itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.
"Kita sudah bersiap sedia (dengan mewujudkan) team media, pembahagian kerusi juga sudah mulakan team mereka, tetapi kita beri banyak kuasa kepada negeri-negeri untuk berbincang di peringkat negeri," kata Anwar.
Pilihanraya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pakatan - Anwar
Posted by Love Perak | Monday, January 24, 2011 | 0 comments »Ayuh Najib, Kita tengok siapa terlondeh! - Anwar
Posted by Love Perak | Sunday, January 23, 2011 | 0 comments »Barua Harami Pornstar Menghina Hukum Islam!
Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 2 comments »Oleh: WFAUZDIN NS
Terjemahan lebih kurang begini “ Normala (calon PAS) tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.” Sepenuhnya sila baca di SINI.
Begitu sekali pandangan seorang Presiden MCA terhadap hukum Islam? Mana suara yang selalu terpekik terlolong menyalak bagai anjing yang kununnya hebat sangat membela Islam? Mana PERKASA? PEWARIS? PEKIDA ? Pemuda Umno? Di mana suara Jamil Khir? Harussani ? Bisu semuakah? Atau, kerana `pelakon lucah' itu pemimpin Komponen Bn?
Kerusi Dun Tenang kamu kata kamu boleh menang dengan mudah. Muhyiddin kata mahu tambah majoriti berlipat kali ganda sehingga mencapai 5000 majoriti. Tetapi, mengapa setara ini kamu benarkan pemimpin kurang ajar ini berkempen?
Saya tidak tahu lah jika pengundi-pengundi Islam di Tenang khususnya masih lagi memberi undi kepada puak-puak ini. Nampak sangat mereka gilakan habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin seperti ini. Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh berita tersebut, pemimpin ini patut diludah mukanya./wfauzdin.blogspot.com
DAP Sokong Agenda Negara Islam, Terlalu Tunduk Pada PAS - Kata MCA di Tenang
Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 0 comments »MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.
Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.
Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.
Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”
Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.
Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.
Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.
Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.
Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.
Katanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.
Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.
Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB
Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 0 comments »Lebih 100 orang (betul ke 100 je?) hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Sultan Selangor Sultan dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kumpulan tersebut merancang untuk menyerahkan ikrar taat setia kepada sultan Selangor dan memorandum menyatakan sokongan mereka dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor kepada baginda di Istana Shah Alam di Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari masjid berkenaan.
Namun begitu, ketika mereka cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.
Akibatnya berlaku tolak menolak.
Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan 10 orang perwakilan kumpulan itu ke Istana Klang.
Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.
Pelajar Cedera Dihempap Batu Besar di Broga Hill
Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 0 comments »Pelajar dihempap batu cedera parah
Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor hari ini, bertukar menjadi pengalaman pahit setelah beliau cedera parah akibat dihempap seketul batu besar.
Norhanani Shahim, 22, yang menyertai sekumpulan 15 penuntut universiti itu memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi tadi dan tiba-tiba "hilang" daripada kumpulan ekspedisi itu.
Seorang anggota kumpulan ekspedisi itu, Mohd Khairul Nazmi Zubairu, 22, menemui Norhanani dalam keadaan tertiarap di kawasan lereng bukit Bukit A, Bukit Broga dengan seketul batu besar berada di atas belakangnya selepas lebih dua jam mencari mangsa.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika dihubungi berkata Mohd Khairul telah menghubungi JPAM Kajang, Selangor meminta bantuan untuk mengalihkan batu tersebut memandangkan beliau dan rakan-rakanya tidak berdaya mengangkat batu itu.
Sepasukan penyelamat JPAM, bomba dan dua pembantu perubatan dari Hospital Kajang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya mengangkat batu itu dari badan mangsa.
Jurucakap JPAM itu berkata Norhanani yang berkeadaan lemah ketika ditemui memberitahu rakannya bahawa beliau telah terjatuh sebelum batu menghempap belakang badannya.
Mangsa yang dipercayai cedera serius di bahagian tulang belakangnya akibat insiden itu kini dirawat di Hospital Kajang.
Pakatan Rakyat jumpa SPR 24 Januari
Posted by Love Perak | Thursday, January 20, 2011 | 0 comments »
15 Safar 1432H.Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan khas dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya, jam 3 petang, bagi membincangkan lima perkara penting.
Perkara-perkara yang akan dibincangkan itu termasuklah cadangan undi proksi oleh SPR, persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun, isu-isu lalu yang belum selesai termasuk undi pos dan pendaftaran pemilih.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, selain itu, dalam pertemuan itu juga akan turut dibincangkan tentang penubuhan kem askar wataniah seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan peraturan-peraturan baru bagi perjalanan pilihanraya yang akan diperkenalkan oleh SPR.
Menurut beliau, perkara-perkara itu perlu dibincangkan bagi melahirkan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bebas menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.
"Pertemuan itu adalah susulan dari surat yang telah saya hantar kepada SPR pada 17 Januari lalu bagi mewakili Pakatan Rakyat. Surat saya itu telah dijawab oleh SPR dan pertemuan itu pula tetap ditetapkan sendiri oleh pihak SPR pada hari dan waktu itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan diwakili 2 orang wakil setiap parti, manakala PAS akan diwakili oleh beliau sendiri dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Perbincangan tentang undi proksi seperti yang dicadangkan oleh SPR, katanya, perlu diadakan kerana ia dilihat boleh mengganggu perjalanan pilihan raya yang telus, adil dan bebas seperti yang kita ingini dan disebut oleh SPR sendiri.
"Undi adalah rahsia. Tapi bila buat proksi atau wakil, ia tidak lagi menjadi rahsia. Selain itu, proksi itu pula mungkin bukan orang sebenar, tetapi yang menerima upah. Dibimbangi juga kalau-kalau undi proksi itu pengundi hantu. Jadi, banyak pihak yang tak senang dengan cadangan untuk adakan undi proksi.
"Bagi pihak Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat sememangnya menolak undi proksi kerana ia sebenarnya bercanggah dengan demokrasi," katanya.
Perbincangan tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi kerusi Parlimen dan Dun, menurut beliau, perlu diadakan kerana persempadanan semula kawasan pilihanraya sudah lama tidak diadakan iaitu sejak tahun 2003, terutama bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
"Sedangkan mengikut peraturan, persempadanan semula patut dilakukan sehingga tempoh 8 tahun. Jadi, ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh SPR yang akan turut kami bangkitkan dalam pertemuan itu nanti," jelasnya.
Menyentuh tentang isu-isu lalu yang belum selesai, antara lain, beliau akan memberikan pandangan kepada SPR agar pihak SPR melakukan pendaftaran secara langsung terhadap pemilih, dengan kaedah perhubungan langsung antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Dengan cara itu bukanlah bermaksud memaksa orang mengundi, tetapi memudahkan mereka mengundi kerana dapat mengatasi masalah para pengundi yang berkelayakan menjadi pengundi tercicir dari daftar pemilih.
Katanya, perbincangan tentang cadangan Datuk Zahid untuk menubuhkan kem askar wataniah pula perlu dilakukan bagi mengelakkan parti pembangkang menjadi mangsa.
"Ini kerana kewujudan kem itu mungkin akan turut melahirkan undi pos yang lazimnya menguntungkan BN sendiri," tegasnya.
Kini, jelas beliau, turut kedengaran cadangan dari SPR untuk melaksanakan beberapa peraturan baru bagi pilihanraya termasuk pada pilihanraya kecil Dun Tenang 30 Januari ini.
"Kita ingin tahu apakah peraturan-peraturan baru yang ingin diperkenalkan oleh SPR itu. Dengan itu bolehlah kita bincangkan dengan lebih jauh untuk kepentingan semua pihak," katanya.
Oleh : Anak Sungai DerhakaSebanyak tiga buah bas RapidPenang yang dikenali sebagai Bas CAT disediakan oleh Kerajaan Negeri secara percuma dengan Kerajaan Negeri di bawah MPPP menanggung kos sebanyak RM50,000 sebulan atau RM600,000 setahun dan selebihnya diuruskan oleh RapidPenang.
Dengan penyediaan Bas CAT ini, Kerajaan Negeri berharap dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dalam kawasan pusat bandar malah, ianya sekaligus akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.
Tiba-tiba hari ini Bernama melaporkan Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas bermula Sabtu lalu.
Dengan pemansuhan diskaun itu pasti subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akan meningkat.
Adakah ini satu tindakan sabotaj oleh UMNO terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui syarikat miliknya iaitu UEM yang menguasai Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd?
PBSB mansuh diskaun tol bas di Jambatan Pulau Pinang
2011/01/19
GEORGETOWN: Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas bermula Sabtu lalu.
Jurucakap PBSB berkata, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan pusat agar diskaun kadar tol untuk kenderaan tersebut di semua lebuh raya bertol dimansuhkan.
"Jika sebelum ini bas hanya perlu membayar sebanyak RM12.50 untuk melintasi Jambatan Pulau Pinang, kini dikenakan kadar bayaran RM25 dan ia adalah kadar lama sebelum kadar diskaun diperkenalkan pada tahun 2008," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, PBSB masih mengekalkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk kereta persendirian yang menggunakan kad "Touch and Go" keluaran syarikatnya.
Sementara itu, sebuah syarikat bas persiaran Ha Travel, ketika dihubungi, berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sebaliknya, kata jurucakap syarikat itu mereka hanya tahu mengenainya apabila dimaklumkan oleh pemandu bas terbabit. - BERNAMA
Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong!
Posted by Love Perak | Wednesday, January 19, 2011 | 0 comments »Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.
"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.
Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.
Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.
Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.
Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.
Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.
Isu Debat : Bukan Anwar, Najib yang Demam!
Posted by Love Perak | Tuesday, January 18, 2011 | 2 comments »AM?
Oleh: WFAUZDIN NS
MEMANG sahih Najib kecut untuk berdebat dengan DS Anwar. Namun, untuk mengembalikan maruahnya yang telah jatuh, Najib mengalih perhatian kepada isu liwat DS Anwar pula. Beliau mahu DS Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya sebelum berdebat dengan beliau. Itulah helah Najib bagi menunjukkan beliau seorang PM paling berani.
Di petik di dalam Malaysiakini, Najib menjawab cabaran DS Anwar seperti berikut;
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin (Malaysiakini).
Kita cabar Najib untuk dedahkan segala maklumat yang beliau ada tentang DS Anwar, jika beliau berani. Dia jangan lupa, DS Anwar juga mempunyai banyak maklumat tentang beliau termasuk kes pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam. Mungkin DS Anwar juga ada banyak maklumat tentang Big Mama Rosmah. Ayuh, dedahkan semuanya dan biar rakyat lihat siapa yang demam nanti. Beranikah Najib? Jawapannya, kerat jari kalau Najib berani.
Tentang maklumat yang kununnya Najib ada, kita tidak perlu tunggu beliau dedahkan di dalam debat bersama DS Anwar kerana `tobat lahom' (kata Mat Sabu) Najib tidak akan berani berdebat dengan DS Anwar. Najib boleh dedahkan apa yang beliau tahu tentang DS Anwar sekiranya Najib berani hadir ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi nanti. Persoalannya, beranikah Najib hadir ke mahkamah? Adakah beliau spesis seperti Mahathir yang mahu soalan bocor terlebih dahulu sebagai syarat untuk hadir sebagai saksi?
Kesemua warga Felda yang menepuk tangan bila Najib berucap memang dijangka kerana bukankah Najib ada `hadiah' untuk warga Felda? Masakan bila dapat `hadiah' warga Felda tidak mahu tepuk tangan? Tetapi warga Felda bukan semua bodoh belaka. Muka Najib tidak akan muncul di Tenang kalau tiada pilihanraya kecil. Peruntukan tidak akan turun sertamerta jika tiada pilihanraya. Ini semua warga Felda ada yang terfikir, dan yang tidak berfikir itu cuma mereka yang sengaja mahu menjadi `hamba' kepada Umno/Bn sepanjang hidup.
Berbalik kepada debat. Kita pelik mengapa susah sangat Najib mahu berdebat dengan DS Anwar? Beliau sendiri kata beliau ada banyak maklumat kerana beliau sekarang adalah PM, jadi mengapa perlu takut? Ini menunjukkan beliau sedar segala maklumat yang beliau ada semuanya akan memakan dirinya. Beliau pun tentu ada maklumat tentang Saiful minta biasiswa daripadanya sedangkan Saiful gagal di dalam pembelajarannya. Dan, banyak lagi maklumat yang Najib tahu akan menelanjangkan beliau kembali jika debat diadakan. Masakan masih ada yang bodoh dengan muslihat Najib?/wfauzdin.blogspot.com













