http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

NONERisalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.

Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.

NONEKempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.

MCA kerja keras

Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.

NONEKatanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.

Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari. 

0 comments