http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

TS Khalid : Sidang khas DUN Selangor hujung bulan ini.

Posted by Love Perak | Wednesday, January 05, 2011 | 2 comments »

30 Muharram 1432H.
themalaysianinsider

SHAH ALAM, 4 Jan – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar akan diadakan hujung bulan ini.

Khalid berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di sini petang kelmarin.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Khalid juga berkata, majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang DUN tergempar itu.

“Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tapi kita masih belum anggap ia sah kerana belum mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar dan Exco.

“Dalam pertemuan hari ini juga kita bersetuju ia (majlis angkat sumpah) ditunda sehingga dibuat keputusan dalam sidang DUN yang akan kita adakan dalam masa terdekat dicapai.

“Kita mungkin akan buat sidang DUN dalam minggu ketiga sebelum minggu keempat bulan ini, jadi kita ada tiga minggu buat persediaan,” kata Khalid sambil berkata, sudah menyerahkan surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi membincangkan semula pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan untuk membincangkan semula mengenai pelantikan SUK.

“Kita ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor,” kata Khalid.

Sebelum ini, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mencadangkan sidang DUN tergempar untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Pada sidang media itu juga, Khalid sekali mengulangi pendiriannya tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Khusrin di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.

“Saya telah dinasihatkan supaya tidak hadir,” katanya.

Khalid juga berkata, Khusrin boleh menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, namun tidak beroperasi sepenuhnya.

Minggu lalu Mohd Sidek mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung Khamis ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin 

2 comments

  1. Anonymous // January 6, 2011 at 12:28 PM  

    salam love perak saya cuma ingin memberi pandangan tentang kemelut politik di malaysia terpulang kpd saudara/ri utk menyiarkannya. Saya merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua cahaya mata mmg mengikuti perkembangan politik di m'sia ini. Zahir dan batinnya mmg saya terarah kpd Pakatan selepas byk pendedahan bengong yg dibuat oleh media UMNO kpd ahli2 pakatan. Tetapi apa yg merungsingkan saya ialah tahap kemakmuran negara pada masa ini. Setiap hari harga barang naik, taraf hidup naik dan mengundang kepada jenayah, masalah sosial naik, ini semua adalah natijah dr pemimpin UMNO yg semmgnya amat 'prihatin' terhadap rakyat. PATI pula saban hari meningkat hinggakan ada sesetengah tmpt mcm negara asing ini semua permainan org UMNO sendiri yg mempunyai kepentingan diri sendiridan kroni2nya.
    Sekarang ni kemelut selangor, saya nak tanya org yang membut laporan polis terhadap adun Pakatan ttg komen beliau terhadap sultan slgr, kemana mereka semasa PM dulu menarik hak2 raja2 melayu mana perkasa?mana OBS?mana ?mana?knp br sekarang nak melalak?????mereka yng meludah kenapa nak jilat balik tak malu ke????
    Kenapa tak buat laporan polis semasa idris jala kata malaysia akan bangkrap????bukan ke itu satu penghinaan besar kpd pemimpin2 UMNO sendiri yang mengandaikan mrk tak tahu mentadbir dan memperlekehkan pemberian subsidi kepada rakyat sendiri????Tunggu la apabila saya menggunakan kuasa saya pada pilihanraya yg akan dtg dan saya juga menyeru surirumah2 semua menjalankan tugas mrk selaku rakyat m'sia yg sayangkan negara dan anak2 mereka bukan sbg rakyat UMNO apabila mengundi kelak. Ingatlah walaupun mrk mempunyai kuasa dan wang ttp doa2 ibu2 amat bermakna.

  2. Anonymous // January 6, 2011 at 2:16 PM  

    Doa kaum ibu amat makbul...berdoalah..kami pun bersama berdoa...

    semlm nak beli myk sekilo pun mcm mengemis di tepi longkang....