http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rombakan Besar-Besaran PKR?

Posted by Love Perak | Sunday, January 09, 2011 | 0 comments »



KUALA LUMPUR, 9 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mengumumkan rombakan kepimpinan negeri hari ini dalam usaha merapatkan kembali perpaduan parti itu, susulan pemilihan tahun yang menimbulkan suasana tidak selesa dengan siri dakwaan kecacatan dalam proses pengundian. PKR mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini. Komponen Pakatan Rakyat itu telah pun mengadakan mesyuarat biro itu Jumaat lalu dan membincangkan rombakan tersebut.

Lima hingga enam negeri dijangka akan menerima ketua negeri yang baru hari ini. The Malaysian Insider difahamkan negeri-negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.

Difahamkan Sabah dan Sarawak juga mungkin mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa termasuk pergolakan semasa di Sabah. Sabah merupakan antara negeri sudah beberapa kali mengalami perubahan kepimpinan negeri dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu.

Perak dipercayai akan diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty yang bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan pusat. Jika pelantikan itu disahkan hari ini, beliau akan menggantikan Mustaffa Kamil Ayub, yang kini menganggotai Biro Politik. Mustaffa dilantik menganggotai Biro Politik selepas tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jawatan timbalan presiden.

“Ini antara negeri yang akan menerima pengerusi baru, perkara ini sudah diputuskan pada mesyuarat Biro Politik hari Jumaat lepas,” kata seorang pemimpin pusat PKR kepada The Malaysian Insider.

“Setakat hari itu, negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan manakala kedudukan Sabah dan Sarawak belum diputuskan,” kata sumber itu.

“Ini keputusan yang telah diambil pada mesyuarat Biro Politik Jumaat lalu, dan kemungkinan boleh berubah berdasarkan mesyuarat hari ini, jadi kita kena tunggu sehingga tengah hari esok (hari ini),” katanya lagi.

Laporan media minggu lalu menyebut, PKR Sabah menghadapi masalah kepimpinan apabila 15 daripada 25 ketua cabang meluahkan rasa tidak yakin terhadap ketua mereka Ahmad Thamrin Jaini, sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik meneraju parti itu. Ansari mewakili PKR-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi November lalu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga telah berada di Sabah minggu lalu, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang menjelang pengumuman pelantikan kepimpinan negeri hari ini. Malah rombakan ini dibuat ketika bekas naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar PKR minggu lalu.

Sarawak juga dijangka akan memperoleh ketua baru selepas pengerusi semasa Baru Bian dilantik sebagai naib presiden PKR bulan lalu. The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan negeri Kedah akan diambil alih oleh timbalannya Wan Salleh Wan Isa manakala Dr Idris Ahamad yang kini memangku akan dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Dr Idris memangku jawatan itu selepas ia kosong ekoran keputusan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR di sebalik masalah berkaitan dengan proses pemilihan. Kelantan dan Terengganu juga dilihat akan mengalami perubahan kepimpinan parti.

Ketua cabang Ketereh Ab Aziz Ab Kadir akan menggantikan Saifuddin manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang tahun lalu melepaskan jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang akan mengetuai negeri itu. Ab Aziz dan Saifuddin masing-masing merupakan ahli Parlimen Ketereh dan Machang.

Dalam pada itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitternya pagi tadi juga mengesahkan salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah pelantikan kepimpinan negeri.

“Acara penuh, mesyuarat pimpinan parti termasuk pelantikn pimpinan negeri dan menerima laporan jawatankuasa pemilihan,” katanya.

0 comments

There was an error in this gadget