http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hati-Hati dengan JPJ!

Posted by Love Perak | Monday, January 10, 2011 | 0 comments »

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Berita Harian sekejap tadi melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

0 comments