http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Soalan Parlimen Akan Datang Lebih 'Menyengat' - Anwar

Posted by Love Perak | Sunday, September 26, 2010 | 0 comments »

PORT DICKSON : Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia menghadapi persidangan parlimen akan datang dengan isu-isu yang lebih kritikal untuk dibincangkan, sebermulanya sesi itu pada 11 Oktober hingga 15 Disember depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persediaan telah pun dibuat oleh Pakatan Rakyat bagi sesi parlimen kali ini.

"Kita telah kemukakan soalan-soalan untuk menentukan dasar dan alternatif yang kita kemukakan," kata beliau yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Teluk Kemang, Port Dickson hari ini.

Katanya lagi, usul wakil rakyat Pakatan Rakyat selalunya tidak dilayan atau tidak diambil serius oleh kerajaan Umno-BN, walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat ujarnya tidak akan berhenti menyoal sehingga satu penyelesaian dicapai.

"Seperti biasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Kabinetnya tidak pandang serius hal-hal yang kita kemukakan di Parlimen," kata beliau lagi.

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-12 2010 ini dijangka hangat dengan beberapa isu besar antaranya langkah yang bakal diambil kerajaan dalam menangani kemerosotan daya saing negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009.

Selain itu, kewajaran kerajaan menyuntik dana RM15 bolion (sehingga tahun 2013) kepada 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) yang melaburkan kira-kira 70 peratus daripada modal kerjanya dalam sebuah syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Limited (PSI), pastinya bakal mencuri tumpuan.

Turut menarik perhatian ialah kedudukan projek Hidro Elektrik Bakun dan banyak lagi.

Umno Kini Nyawa-Nyawa Ikan, Buang Tebiat - DS Nizar

Posted by Love Perak | Saturday, September 25, 2010 | 0 comments »

Nizar dalam ucapan perasmian buku kartun karya Zunar menyifatkan tindakan pihak polis menyerbu dan merampas buku-buku Zunar serta menahannya untuk disoal siasat sebagai menunjukkan 'kekartunan' mereka.
"Apabila pihak polis bertindak begini dan mahu mengharamkan buku kartun Zunar, ini merupakan satu tindakan yang menujukkan 'kekartunan' mereka.

"Adakah negara ini mahu kembali ke zaman 30 hingga 40 tahun ke belakang? Kalau mereka haramkan buku ini pun, orang tetap boleh dapat daripada pelbagai sumber khususnya daripada internet," kata Nizar yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Nizar secara berseloroh mencadangkan agar istilah Cartoon-O-Phobia dimasukkan ke dalam Wikipedia agar rakyat mengetahui maksudnya bahawa kerajaan takut pada kartun.

"Kita mintak buat Wikipedia Cartoon-O-Phobia supaya bila kita tengok sahaja, kita boleh tahu apa maksudnya.

"Kita jugak secara senyap dan lembut berterima kasih kepada (Datuk Seri) Hishammuddin kerana turut mempromosikan buku ini, daripada orang tak tahu, jadi tahu mengenai buku ini," katanya yang turut disambut dengan gelak tawa hadirin.

Menurutnya juga, Umno Barisan Nasional mula menyedari bahawa zaman kegemilangan mereka bakal berakhir dan mula melakukan tindakan untuk mengugut rakyat terutanya golongan muda yang mula menyokong Pakatan Rakyat.

"Ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda menyokong Pakatan Rakyat. Mereka mahu supaya perubahan besar dan mereka sedar di atas kezaliman yang berlaku di negara kita hasil buatan Umno Barisan Nasional dan mereka dapat kesedaran itu melalui kartun-kartun yang dilukis Zunar.

"Umno sekarang ini berada dalam suasana akhir hayat. Hayat dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Biasanya manusia ini kalau dia sampai ke tahap akhir hayat, dia akan buang tabiat dan buat sesuatu yang melucukan," katanya.

Satu Skandal Seks Bakal Dibongkar?

Posted by Love Perak | Saturday, September 25, 2010 | 0 comments »

Artikel Oleh blog Mengejar Cahaya


Menjelang nya pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO, terutama melibatkan beberapa VVIP yang sedang hangat dijaja di kedai kopi hingga di lobi parlimen dan pejabat Perdana Menteri.

Seorang menteri Kabinet Persekutuan yang mempunyai anak luar nikah dan terpaksa mengahwinkan wanita yang dihamilinya dengan adik kandungnya bagi menutup Skandal Seksnya dikhabarkan mempunyai satu lagi skandal yang baru.

Namun seorang VVIP tidak kurang hebatnya kerana walaupun beragama Islam, namun mempunyai anak luar nikah dengan seorang wanita serani bernama Benebin Peter yang kini menetap di London Endgland.

Benebin merupakan anak seorang bekas Pengurus Besar sebuah syarikat yang ada hubung kait dengan bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bintang Baru kini mempunyai suami, namun masih berhubungan dengan VVIP tersebut.

Anak perempuan hasil hubungan sulit VVIP berkenaan dikhabarkan sudah mengetahui bahawa suami ibunya bukanlah bapa biologinya dan sedang mencari ayahnya yang juga VVIP berkenaan yang turut dikhabarkan mempunyai tiga orang isteri dan lima gundik lain.

Salah seorang gundiknya akan dilantik menjawat jawatan tertinggi bagi sebuah organisasi penting kini kurang senang mendengar perkembangan terbaru tersebut kerana VVIP berkenaan tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan bekas Setiausahanya sehingga memperolehi dua orang anak dan kini terpaksa menetap di luar negara.

Nantikan berita gempar dari London!
- midah ladfa Sabah

Mereka berjaya tipu Zambry Lanun, tapi Allah pelihara TG Nik Aziz

Posted by Love Perak | Saturday, September 25, 2010 | 0 comments »



Sapa diorang ni? Lu pikir laa sendiri.....

Isham Memang Power!

Posted by Love Perak | Friday, September 24, 2010 | 0 comments »

Hahaha... tergelak aku baca tulisan hishamuddin rais ni.. lu memang power la bro.. kesian mat sembab kena bantai kaw-kaw... hahaha baca kat bawah ni :-

INI BUKAN TELO MUHYIDDIN YASSIN




PENGETUA RASIS : MENTERI TIADA KUASA, KATA TPM
– mkini

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52.

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…

woit…. KETAWA TERGOLEK DOG….kah kah kah..

kah kah kah… TAK SANGKA … DEMOKRASI CUKUP HEBAT DI MALAYSIA INI… kah kah kah..

kah kah kah…. KETUA HAKIM TUN SALEH ABBAS .. BOLEH DI BUANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. TIMBALAN PERDANA MENTERI…. BOLEH DI BELASAH… kah kah kah..

kah kah kah…. TANAH TUDM…. BOLEH DI REMBAT…. kah kah kah..

kah kah kah…. AMINULRASHID BOLEH DI TEMBAK MATI …. kah kah kah..

kah kah kah…. TEO BENG HOCK … BOLEH DI BUNUH…. kah kah kah..

kah kah kah… KUGAN… BOLEH DI GUDDAM… kah kah kah..

kah kah kah...AWAS! PENGETUA SEKOLAH GRED 52 YANG RASIS TAK LEH USIK...kah kah kah..

kah kah kah....MENTERI PELAJARAN TAK ADA KUASA…. kah kah kah…

nota:
janganlah bodohkan orang melayu
orang melayu dah ramai bodoh

kalau nak bodoh sorang sorang
pergi main tengah jalan plus highway
kah kah kah


nota:
masanya telah tiba untuk
akta anti bodoh diluluskan
di parlimen kah kah kah

Kurang Ajar ke Loyar Buruk?

Posted by Love Perak | Friday, September 24, 2010 | 0 comments »


kah kah kah. sapa tak paham pi terjun lombong sekarang jugak :D

Pakatan Bidas Mahathir, Umno yang Hilang Kuasa bukannya Melayu!

Posted by Love Perak | Friday, September 24, 2010 | 0 comments »

Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Katanya, dakwaan Mahathir yang disiarkan di laman sesawang Umno-online, satu kenyataan bersifat perkauman.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.

Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir.

"PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar.

Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar pula mencabar Mahathir untuk berdebat berikutan dakwaannya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan akhbar.

Bagi Nurul Izzah, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan adalah sebahagian daripada usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

“Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa.

“Tujuannya untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno,” katanya yang dipercayai merujuk kepada Pergerakan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dengan Mahathir sebagai penasihat.

"Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.

"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.

"Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan politik berlandaskan harapan dan kebebasan yang akan mengubah minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong," kata Nurul Izzah.

Zul Noordin Buat Kalut Dah....

Posted by Love Perak | Friday, September 24, 2010 | 0 comments »

“YB zulnordin. Hang tak payah dok komenlah usaha aku nak buat utk negeri aku. Aku jauh bukan mcm hang. Duit org sumbang utk pilihanraya hang sapu kat hang. Hang pi Dubai kutip duit utk org miskin d KBB berapa byk tak tahu tapi berapa yg hang serah. Gaji pekerja pusat khidmat hang tak bayar sampai kereta depa kena tarik. Hutang aku buat profile hang masa pilihan raya dulu hang tak bayar satu senpun. Satu lagi tok guru tu kalau nak pi belanja sendiri pun tak apa depa bkn tak pernah pi pun tapi hang jangan pikit kepala otak dia orang mcm hang kaki penipu dan pembelit.” – sms Hj Zulaimi kepada Jiwo Kelate....

Sapa nak mengorat Cik Sikin... Mai Sini... Ada No Telefon....

Posted by Love Perak | Friday, September 24, 2010 | 0 comments »

Hahaha... terdesak gila babi dah umno nih... korang baca la tulisan bro ikutsukaakuisa kat bawah ni.....
Hellooooo.... Assalamualaikummmmm... itu Cik Sikin ke....???

Yeaaa... saya Sikin yang bercakap... siapa di sana...???

Nama saya Hj Jamaludin..., saya call ni nak ajak Cik Sikin dating... boleh tak...???

Ohhh... Hj Jamaludin, tapi dari mana abang Hj. dapat nombor telepon saya...???

Laaaaa.... kan ke... Cik Sikin yang bagi.... ada kat bawah tu... haaaa...

Ohhh.... yeaaaa ke...., tapi itu untuk yang nak mendaftar ahli umnoapco jer....

Saya berminat.... umur saya pun dah melebihi 18 tahun, banyak pengalaman wooooo.... Isa Samat kalahhh tauuu...

(Selebihnya... pandai2 Hj Jamaludin lah nak sambung dialog ayat mengayat Cik Sikin tu.... berpengalaman kan.., kalau lu orang nak tolong sambungkan pun boleh lahhhhh..... kah..kah..kah.....)

Sumber ide dari Era Pasca... baca komen Hj. Jamaludin.


Nak jadi ahli umnoapco pun ada Cabutan Hadiah.... apa punya gilababi lahhhhh.... ini parti... awal2 lagi dah ajar dan mengalakkan ahli kepada kebendaan, bukannya keikhlasan dalam perjuangan.... patutlah orang panggil umnoapco nih.. parti rasuah.... memang yeaaa pun.... ha..ha..ha....

Mana Pergi Logo Allah dan Muhammad pada Logo PDRM?

Posted by Love Perak | Thursday, September 23, 2010 | 2 comments »

Oleh : Blog Mahaguru58


Saya telah menerima emel dan mesej Facebook sejak seminggu sudah dari seorang rakan di Miri, Sarawak yang mempersoalkan kenapa kalimah suci Allah dan Muhammad dihapuskan dari logo rasmi Polis Di Raja Malaysia?


Oleh kerana saya didalam tempoh berkabung diatas kematian saudara saya tempohari, saya meminta rakan saya itu memberi tempoh pada saya sebelum memberi tindakbalas terhadap aduannya itu.


Saya meminta beliau mengambil gambar bukti akan usaha penghapusan kalimah suci Allah dan Muhammad di balai polis yang beliau maksudkan dan emelkan pada saya.


Baru sebentar tadi emel yang berlampirkan bukti usaha menghapuskan kalimah Allah dan Muhammad telah saya terima.


Ini dia buktinya :



Sila klik pada gambarfoto diatas untuk paparan lebih besar dan jelas.

Tuan tuan dan puan puan warga Malaysia yang saya hormati,

Ini ada lah satu usaha keji menghilangkan mercutanda logo pasukan Polis Di Raja Malaysia sebagai sebuah pasukan keselamatan negara yang menjunjung Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sekian lama ini.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia adalah pasukan paling terkemuka didalam sistem pertahanan negara dan kalimah suci Allah dan Muhammad itu bukan sekadar hiasan semata mata!

Setiap anggota polis wajib sedar bahawasanya dirinya bertugas menjaga keselamatan negara dan ia tertakluk dibawah Syariah Allahu Ta'ala dan Sunnah
Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kalimah kalimah suci tersebut adalah lambang bahawa pasukan polis bertugas menurut suruhan Allah dan anjuran Rasul.

Dengan usaha jahat menghilangkan kedua kalimah tersebut adalah merupakan satu cubaan menghapuskan kesedaran taat kepada Allah Tuhan Rabbul Alamin dan PesuruhNya Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!!!

Ini logo asal PDRM :


Apa alasan PDRM berkenaan perkara ini???

Kenapakah kalimah suci 'Allah' dan 'Muhammad' dihapuskan dari lambang logo Balai Polis Trafik Miri seperti dipaparkan gambar bukti di atas???

Apakah pasukan PDRM di Balai Polis Trafik Miri terkecuali dari menjunjung perintah Allah dan Sunnah Rasul?

Ada dua sistem ke didalam PDRM?