http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hahaha..BN nak bertanding kat Kelantan!

Posted by Love Perak | Friday, May 22, 2009 | 0 comments »

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menunjukkan permusuhannya dengan PAS apabila Timbalan Presidennya Muhyidin Yassin berkata BN tidak akan memberi laluan mudah kepada parti lawan terutamanya PAS dan akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Ketika ditanya pandangan PAS bahawa Umno dan BN tidak perlu bertanding di Manik Urai untuk menjimatkan duit rakyat, Muhyiddin memberikan alasan BN akan bertanding kerana kerana kekosongan itu berlaku disebabkan oleh kematian dan bukannya kerana wakil rakyat sengaja meletakkan jawatan.

"Saya berpendapat walaupun agak awal, kita akan bertanding di kawasan itu (Manik Urai) apabila telah diumumkan kekosongannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau di (pilihan raya kecil DUN) Penanti, kita tidak bertanding atas sebab yang kita dah sebutkan, yang ini kematian telah menyebabkan kekosongan berlaku," katanya sebagaimana dilaporkan agensi Bernama

Muhyidin turut memberi amaran kepada PAS, jangan terlalu yakin dan menganggap kawasan Manik Urai adalah kawasan tradisi yang boleh dimenangi dengan mudah oleh PAS.

"PAS jangan terlalu yakin bahawa ini kawasan mereka dan akan menang seperti biasa. Kita akan bertanding,"katanya

Kerusi DUN Manik Urai menjadi kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu pada pukul 5.55 pagi ini kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham Ismail yang mewakili PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya Zamzuri Mat Lazim dinamakan calon PAS tetapi beliau tewas kepada calon BN Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi.

Ismail dipilih semula bertanding kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli dengan majoriti 1,352 undi.

p/s: tak payah bermesyuarat beberapa kali, tiba2 je terus setuju bertanding. ade harapan nak menang ke...

0 comments