http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Polis Serbu Ibu Pejabat DAP. Rampas Komputer, DVD .

Posted by Love Perak | Saturday, May 23, 2009 | 0 comments »

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata serbuan polis keatas Ibu pejabat DAP di Petaling petang semalam (23/5) adalah satu sejarah hitam kepada DAP dan demokrasi selama 42 tahun.


Beliau berkata demikian dalam Twitter, ketika mengulas kejadian yang telh berlaku jam 6.25 di jalan 20/9, Petaling Jaya, petang semalam.

Seorang petugas DAP memberitahu, difahamkan polis datang ke pejabat DAP bersama Ooi Leng Hang, seorang ahli DAP yang ditahan dalam program menyalakan lilin ‘vigil’ dua hari lalu.

Katanya polis telah merampas sebuah computer dan beberapa keeping DVD.

Sejurus selepas kejadian, beberapa pemimpin DAP telah bergegas ke Ibu pejabat termasuk Gobind Sigh Deo, Lim Lip Eng serta Bendahari Fong Kui Lun dan Timbalan Pengerusi Tan Kok Wai.

p/s: mungkin negara ini telah menjadi negara polis/police state agaknya. tengok di perak sudah lah. alahai...malaysiaku...

0 comments