http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kena Buru Macam Anjing

Posted by Love Perak | Wednesday, April 21, 2010 | 0 comments »

Raja Petra, Bala tidak layak dilindungi sebagai pemberi maklumat

KUALA LUMPUR, 20 April — Pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamarudin (gambar) dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sekiranya diluluskan kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kedua-dua individu itu tidak termasuk dalam kategori pemberi maklumat mengikut akta tersebut kerana telah mendedahkan identiti mereka kepada umum.

“Kedua-duanya bukanlah pemberi maklumat, mereka telahpun mendedahkan identiti mereka dan telah memaklumkan kepada dunia siapa mereka. Pemberi maklumat ini kita tidak tahu identitinya yang memaklumkan kepada agensi penguatkuasa,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan.

Beliau berkata, berdasarkan rang undang-undang itu, mana-mana pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat mengenai kelakuan tidak wajar seseorang terlebih dahulu kepada pihak luar, termasuk media, akan hilang kelayakan untuk dilindungi di bawah akta berkenaan.

Katanya, seseorang pemberi maklumat hanya akan dilindungi semasa beliau membuat sesuatu pendedahan kepada pihak berkuasa tetapi hak tersebut akan hilang jika pendedahan sama dibuat kepada media termasuk blog.

“Ini bertujuan untuk melindungi orang yang mengadu dan juga pihak yang diadu sebelum siasatan dijalankan kerana berkemungkinan maklumat itu tidak benar,” katanya ketika menjelaskan isu yang dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sesi perbahasan sebelumnya.

Beliau berkata selain pendedahan maklumat, mana-mana individu yang didapati memberi maklumat palsu juga turut dibatalkan hak mendapat perlindungan.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu persidangan dewan turut meluluskan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 2010.

Persidangan dewan bersambung esok. — Bernama

0 comments