http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

ROMBAKAN KABINET : TEE KEAT GUGUR KAMALANATHAN DILANTIK?

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

Ramai pihak menjangkakan bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan digugurkan jika berlaku rombakan kabinet dalam masa terdekat. Selain Tee Keat beberapa nama lain juga berada dalam keadaan panas antara Tinbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang sudah tidak berparti.

Ahli Parlimen baru Hulu Selangor, Kamalanathan juga mungkin dilantik bagi menambah kouta MIC dalam Kabinet.

Lain-lain kemungkinan yang berlaku ialah Presiden MCA yang sangat popular, Chua Soi Lek mungkin juga dilantik sebagai senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan menteri di dalam kabinet. Tetapi itu tidak semestinya kerana Presiden MIC juga bukan anggota kabinet.

Beberapa menteri dari Umno juga disebut-sebut akan berada dalam zon bahaya kerana pelbagai masalah. Namun begitu belum ada signal yang jelas bahawa Najib akan mengumumkan rombakan kabinet dalam masa terdekat. Mungkin Najib terpaksa menumpukan satu lagi pilihanraya yang dijangka sengit iaitu Parlimen Sibu yang mana BN berada dalam keadaan agak sukar kerana jumlah pengundi Cina yang melebihi 60 % di sana. Jika trend pengundian di Hulu Selangor berlaku di Sibu kemungkinan besar BN akan 'bungkus' di Sibu.

Sofi Wahab

0 comments