http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dun Galas : Saya Sokong Mat Sabu!

Posted by Love Perak | Wednesday, September 29, 2010 | 3 comments »

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam.

  Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.
“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

LovePerak : Saya menyokong penuh Mat Sabu menjadi calon di Galas. Apa komen anda?

3 comments

  1. matkambing // September 29, 2010 at 9:27 AM  

    elok diletak anak tempatan bagi prk dun!

  2. simpangtiga // September 29, 2010 at 10:26 AM  

    Kalau tak salah, calon bagi kerusi DUN hanya kepada penduduk tetap atau mereka yg lahir di negeri tersebut.

    Kalau tak salah la....

  3. budak kampar // September 30, 2010 at 11:25 AM  

    mat sabu lebih lantang dalamparlimen..elok bagi pada anak tempatan sahaja.